Pages - Menu

Mengimbau Memori Indah

Assalamualaikum semua...

Kali ni Ida berada di sebuah lokasi indah yang memulakan dan menggamit cinta dengan incik suami..

Tempatnya yang nyaman, dengan seruan air terjun yang begitu mengasyikkan dan ketenangan hijau dedaun yang mengelilingi seluruh kawasan membuatkan Ida jadi rindu! Rindu sangat!

Kata Iskandar....satu tempat yang meninggalkan memori terindah dalam hati dan ingatan ida. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana ida diberi peluang lagi untuk melihat Lata Iskandar, Cemeron Highlands lagi untuk kali kedua.

Memang ida berhajat untuk kembali ke sini lagi sebenarnya. Dan keadaan Lata Iskandar tu, tak banyak berubah...Menggamit memori sungguh bila kenangan tu seolah - olah baru semalam terjadi.

Pada tarikh hari semalam juga merupakan tarikh paling indah dan paling bersejarah dalam hidup ida bila hari ini 10.10.10 merupakan hari konvokesyen ida. Alhamdulillah....tertunai impian dan hajat mak ida nak tengok ida naik pentas mengambil segulung ijazah.

Sungguh! semalam merupakan hari terindah dalam hidup ida di tempat yang penuh menggamit memori..

Kenangan...ia sentiasa dalam hati dan fikiran tanpa ada sebarang kekurangan...

Terima kasih Allah...:-)

11.10.2017
Cameron highlands, Pahang

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger