Pages - Menu

Handbag Baru....Yes or No?

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah....akhirnya perjalanan dipermudahkan untuk musafir kali ni. Nasib la musafir kali ni tak lama...

Sementara orang sebelah ni tengah tidur tapi kita tak boleh tidur, meh nak tanya dan minta pendapat sikit.

Orang perempuan....Biasalah kan? Isunya soal handbag je pun. Tapi dia punya fikir, punya la survey makan bulan jugak tu...

Macam Ida ni, perkara yang paling susah nak buat pilihan bila dah ada yang berkenan, tapi risau kot la jumpa yang lagi cantik.

Isu handbag ni timbul bila handbag yang encik suami belikan tahun lepas tu, putus talinya...Nampak tak berapa ganas perempuan bernama Ida ni.

Walaupun bagi orang lain, handbag tu harga murah je, tapi bagi Ida mahal ok. Thats why la Ida tak pernah beli handbag or handphone sendiri. Semuanya diserahkan kepada en suami.

Maka terpaksalah ida pakai handbag masa hantaran kawen 4 tahun lepas. Handbag colour soft pink jenama Carlo Rino adalah handbag paling mahal yang Ida pernah ada. Dan jugak jadi handbag favourite dan handbag kesayangan!

Disebabkan handbag ni jadi handbag kesayangan, maka jarang la di pakainya...Now, dah 4 tahun berkhidmat dan masih kukuh serta utuh memberikan khidmat. Apa yang tak best, kulitnya dah tertanggal - tanggal.

Tu la datang isu cari handbag baru ni.

Almost 2 month...survey handbag. Kali ni nak cari yang tahan lama, tapi puas hati sangat -sangat dengan ketahanan beg. Handbag tu besar dan praktikal. Yang paling wajib ringan dan boleh guna utk formal dan kasual dan boleh bawak masuk sawah jugak....cuma first thing yang wajib dititiberatkan part harga. Mesti murah!!!Hahaha.

Saat dan tika ni masih gigih mencari lagi. .Dah ada yang berkenan dimata, softpink, tahan lama, tapi harganya macam tak berbaloi..Cerewet kan Ida ni?

Sama macam masa Ida survey nak amek suplement dulu. Survey Shaklee tu dekat berbulan -bulan. Baru la amek keputusan nak try Set Kecantikan Shaklee.

Kita nak beli sesuatu ni bukan sahaja untuk kepuasan diri, tapi untuk kegunaan jangkamasa panjang...

Jadi, buat pilihan yang terbaik ok :-)

2 comments:
  1. hehe beli saja yang berkenan.. gegirls memang gitu =D
    janji guna sampai sepatutnya.. CT pun ada few tapi usually yang paling suka tu jugak usung sana sini..

    ReplyDelete
  2. Hehehe...gegirls sangat kan? Part handbag, berbulan - bulan duk survey...tapi nanti end up still hari hari tengok beg yang berkenan tu

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger