Pages - Menu

[Formula Murah Rezeki----; Formula 3S]

Assalammualaikum dearies....


Alhamdulillah...Malam ni kita update blog pinjam lappy incik suami sekejap. Buat sistem barter seketika...heee  (^_^)

Lama sangat rasanya tak menaip blog guna laptop ni..So, mari kita asah skill yang ada zaman - zaman dulu waktu masih aktif update blog guna laptop. Bahagia sangat rasanya masa tu tau. Tapi, lepas je habis study, Ida bagi adik yang guna laptop tu sampai lah laptop tu rosak dengan sendirinya. Maka tamatlah riwayat laptop Ida..

Banyak jasa laptop tu tau. walaupun Ida boleh dikatakan orang paling lambat beli laptop dikalangan kawan - kawan masa belajar dulu, tapi syukur alhamdulillah still lagi dapat guna dan merasa beli laptop tu guna duit PTPTN. Kalau tiada pinjaman PTPTN tu, rasanya memang sampai sekarang la guna komputer kat library atau makmal komputer fakulti.

Panjang pula Ida melalut ni.. Yang sebenarnya nak share ilmu yang Ida dapat daripada Master Nana Macarona. One of Master termuda di Malaysia ni dalam Shaklee.

JOm kita baca dan cuba hadamkan ilmu yang dikongsi ni. MUdah-mudahan Ida pun dapat tempias kebaikan yang disebarkan...


FORMULA 3S

Formula ini nana dapat daripada pembacaan nana melalui buku Allah Tempat Meminta karangan Fathuri Salehuddin.. Dan nana rasa adalah lebih baik nana kongsikan kepada semua..

  Ianya mengenai formula untuk mendapat rezeki yang murah dengan membuat apa yang Allah 
iaitu bergantung harap pada Allah :")

Moga ianya menjadi saham akhirat nana dan membantu nana saat di 'sana' nanti InshaAllah :)


S yang pertama ===>; Solat. Utamakan solat kerana solat ini tiang agama.. Sedangkan perkara pertama yang dihisab di hari akhirat nanti pun adalah mengenai Solat.. Menandakan betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita.. Dan semestinya manusia yang menjaga solat ialah manusia yang paling disayangi oleh Allah kerana menjaga pertama perkara yang penting sebagai manusia..

Ditambah dengan solat sunat seperti solat Dhuha. InshaAllah tiada kerisauan mengenai rezeki Allah kerana pasti ada jalan dan dibukakan pintu-pintu rezeki daripada sumber yang kadang kala kita pun tidak pasti..


S yang kedua ===>; Sedekah. Andaikata kita inginkan sesuatu hajat kita dimakbulkan, perbanyakkan lah sedekah.. Kerana pasti ada ganjaran BESAR yang Allah nak beri andai Allah buka jalan sedekah pada kita..

Pernah ada ustaz membuat satu teka teki, Antara DOA dan SEDEKAH, mana satu yang Allah makbulkan dahulu? Jawapannya SEDEKAH dahulu baru doa.. Menandakan betapa besarnya fadhilat bersedekah..
Yakinlah kita pasti akan mendapat ganjaran yang tidak disangka-sangka.


S yang ketiga ===>;Sabar. Sabar ialah satu proses yang paling penting. Sabar ibarat ujian akhir untuk Allah menilai kita, sama ada mahu dan boleh menerima ataupun tidak.. Ramai orang boleh solat Dhuha dan bersedekah namun belum tentu mereka kuat untuk ISTIQAMAH. 

Fikirkan, Boleh jadi Allah hendak beri kita sesuatu rezeki yang BESAR pada waktu sekian-sekian, namun kita sudah berputus asa sebelum waktu yang Allah ingin beri..
Boleh jadi Allah mahu memberi LEBIH daripada harapan yang kita panjatkan, namun kerana putusnya harapan, Allah tunda di masa depan..

Kuncinya, MEMBERI DAHULU. Ikhlaskan pemberian.. Tak kira memberi dalam solat, sedekah mahupun sabar.. Yakinlah, kemahuan kita pasti tertunai dan urusan kita pasti dipermudahkan :)


FEEL FREE TO LIKE & SHARE 
Sekian
Nana Macarona
Managing Director of Go Spectacular Sdn Bhd
Founder of Spectacular Empire



Image result for allah tempat meminta

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger