Pages - Menu

SEBUAH PERINGATAN BUAT INSAN BERGELAR ANAK!

Assalamualaikum semua...

Actually, Ida terpanggil nak share perkongsian dan peringatan daripada Master Nana Macarona...

Kenapa Ida share? Sebab Ida nak jadikan ia sebagai peringatan untuk diri Ida sendiri. Kita sebenarnya masih tak sedar dan tak perasan yang sebenarnya kita masih berada dalam 'comfort zone' yang menyebabkan kita acuh tak acuh dengan usaha kita.

Ida tak tujukan untuk siapa -siapa tapi Ida rasa cukup sentap dengan peringatan yang Master Nana ni sampaikan...Senyap sampaikan Ida rasa sampaikan sampai bila nak jadi camni?

Jemput baca dan kita ambil iktibar bersama - sama....

CUKUP KAH APA YANG KITA BERI SELAMA NI?

Baru sekejap tadi, nana kongsi dengan team Spectacular nana satu soalan yang nana sendiri dapat semalam masa nana attend kelas.. Dan soalan tu, benar-benar jadi tamparan buat semua anak-anak didik nana dan juga diri nana sendiri..

Semalam nana ditanya,

CUBA BAYANGKAN KALAU KITA PERLU SURVIVE DENGAN AMAUN YANG SAMA MACAM DUIT YANG KITA BAGI DEKAT MAK AYAH SELAMA INI.. AGAK-AGAK KITA BOLEH SURVIVE?

Nana rasa tersentuh dan tersentap sekejap..

Yelah, kadang-kadang kita sebagai anak ni fikir asal bagi duit dekat mak ayah dah cukup.. Nak bagi lebih kita sendiri pun tak berapa mampu..

Kita sendiri tak pernah terfikir sama ada cukup ke tidak mak ayah kita nak survive dengan duit tu..

Sebab tu, nak tahu cukup atau tidak senang saja..

Bayangkan kita sendiri pulak, mampu atau tidak kita nak survive dengab amaun tu?

Kawan-kawan, mak ayah kita bukan semakin muda..

Kudrat mereka bukan semakin kuat..

Mereka dah tak mampu bekerja keras macam masa mereka muda-muda dulu lagi dah..

Mereka dah tak kuat nak mencari duit menampung keseluruhan kehidupan sama macam waktu mereka muda dahulu..

Mak ayah tak akan pernah meminta duit daripada kita..

Kadang-kadang, kita nak bagi duit pun mereka akan tolak..

Tapi kawan-kawan, mak ayah kita sebenarnya perlukan duit untuk hidup :'(

Kalau kita rasa susah nak survive dengan amaun yang sama kita bagi kat mak ayah kita, macam tu jugak lah mak ayah kita susah nak survive dengan amaun yang sama..

Kecuali lah kalau mak ayah kita memang orang berada..

Kalau kita rasa terbeban dengan harga barang yang semakin tinggi, mak ayah kita tak perlu beli barang yang sama kah?

Kalau kita kena bayar bil api air setiap bulan, mak ayah kita tak perlu bayar bil kah?

Kalau kita sendiri perlu beli beras dan barang dapur untuk makan, mak ayah kita tak makan kah?

:'(

Kawan-kawan, nana faham sangat tak semua orang mampu nak beri lebih..

Nana faham sangat, kalau boleh kita nak buat yang terbaik untuk mak ayah kita..

Cadangan nana, bangkit lah meniaga..

Nak berniaga ni tak perlu minat pun kawan-kawan..

Nak berniaga tak perlu jadi pandai pun kawan-kawan..

Nak berniaga hanya perlu BERMULA..

Dan untuk yang memang dah ada bisnes, jadikan lah semangat untuk terus buat dan capai yang terbaik demi mak ayah kita..

Makin besar income kita, makin besar pendapatan kita, InshaAllah besar lah juga amaun yang mampu kita beri buat mak ayah kita..

Kalau pun kita rasa kehidupan kita sudah selesa, cukup serba serbi.. Jangan lupa mak ayah kita dekat kampung..

Dah jejakkan kaki ke tanah suci kah mereka?
Cukup makan pakaikah mereka?
Mampu kah mereka beli apa yang mereka teringgin tanpe perlu berkira-kira?

Hayat mereka mungkin dah tak lama mana kawan-kawan..

Jom lah berbakti, selagi mana mereka masih ada

Peringatan buat diri nana sendiri yang selalu alpa..

Ya Allah, I'm crying writing this :'(

Semoga Allah bantu kita semua, beri kekuatan kepada kita untuk berjaya dalam merealisasikan impian INSAN -INSAN  tersayang. .

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger