Pages - Menu

RAHSIA TERBESAR SEBUAH KEGAGALAN

Assalamualaikum semua..

Apa planning hujung minggu ni? Disebabkan minggu depan kena outstation seminggu, maka hari minggu kali ni jadi hari mengemas ye kawan kawan.. Hihihi

Alhamdulillah...Allah bagi kelapangan beristirehat sepenuhnya...Fizikal dan mental. Biasanya waktu cuti - cuti camni la basah bakat memasak yang dah tumpul ni...

Tapi bukan tu yang Ida nak hightlight kat sini. Ida nak kongsi satu ilmu daripada FB Master Nana Macarona. Orang hebat tau Master Nana ni.

Jadi, jom kita tambah lagi ilmu untuk hari ni tau :-)

Nana masih ingat lagi waktu nana hadiri personal coaching dengan guru Law of Attraction nana bulan lepas, guru nana ada berkongsi banyak ilmu mengenai apakah perasaan yang mempunyai energy yang kuat, yang mampu membebaskan energi yang kuat daripada badan kita, seterusnya MENARIK PERKARA-PERKARA BAIK DEKAT DENGAN KITA..

Dan nana juga diajar mengenai apakah perasaan yang mempunyai energi yang LEMAH..

Yang sering menjadi punca kita selalu rasa tidak tenang..

Yang selalu jadi punca kenapa kita sukar untuk berjaya..

Yang selalu jadi sebab kenapa kejayaan serta perkara baik-baik susah datang dekat dengan kita..

Pendek kata, perasaan yang menjadi RAHSIA TERBESAR SEBUAH KEGAGALAN..

Dan nana nak kongsi dengan semua, agar menjadi panduan kita bersama.. Supaya kita tidak diselebungi oleh energi yang negatif.. Supaya kejayaan mudah datang pada kita, bila kita cuba hindari sifat yang mempunyai energi paling LEMAH sekali ini..

Dan sifat atau perasaan yang mempunyai energi yang PALING RENDAH dan NEGATIF itu ialah sifat ------> DENGKI DAN IRI HATI..

Tanpa kita sedar, bermula dengan perasaan dengki dan iri hati lah, boleh menjadi punca kepada banyak masalah-masalah lain di antara kita sesama manusia..

Bermula daripada rasa dengki dan iri hati, boleh bertukar menjadi benci..

Bermula dengan rasa dengki dan iri hati, boleh memutuskan silaturrahim..

Bermula dengan rasa dengki dan iri hati, hati kita sukar nak rasa tenang.. Kita sukar fokus kepada apa yang sepatutnya kita buat untuk berjaya, kerana kita lebih fokus bagaimana hendak melihat orang lain gagal..

Disebabkan FOKUS YANG LARI, kita rupanya TERSALAH DOA..

Bila kita fokus untuk melihat kejatuhan orang lain, tanpa kita sedar kita sedang mendoakan kecelakaan terhadap diri kita sendiri..

Satu perkara yang kita perlu tahu, setiap pemikiran yang kita tanam di dalam minda kita adalah DOA.. Dan minda separa sedar kita hanya mengenal apa yang kita FOKUSkan sahaja.. Ia tidak mengenal, mengenai SIAPA yang sedang kita fokuskan itu.. Sama ada kita tengah fikir untuk diri sendiri atau orang lain, minda kita hanya menangkap APA yang kita FIKIR sahaja..

Dan apa yang kita FIKIR, energinya akan di submit ke langit seterusnya menjadi DOA buat diri sendiri..

Dan kita harus yakin dengan janji Allah.. Allah sudah janjikan,

“Mintalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan.” (QS. Al-Mu’min: 60)

Maka, setiap yang kita tanam di dalam minda kita sama ada BAIK ATAU BURUK, semuanya akan Allah kabulkan..

Sama ada kita sedang FOKUS mengenai diri sendiri atau orang lain, semuanya akan di submit sebagai DOA UNTUK DIRI SENDIRI..

CUMA,

Sebagai manusia biasa semestinya kita tidak akan pernah lari daripada perasaan iri hati melihat kejayaan orang lain bukan?

Nana juga begitu.. Sebab nana masih manusia biasa :)

Satu yang dikongsi oleh guru nana, mengenai apa yang boleh dijadikan PENAWAR bagi perasaan dengki dan iri hati ini ialah,

Letakkan tangan ke dada..

Tarik nafas sedalam yang mungkin..

Dan berkata, "Di dalam dunia ini, ternyata RAMAI orang yang berjaya.. Dan ternyata jika mereka BOLEH, aku pun boleh juga.. Dan aku sedang DALAM PROSES untuk jadi seperti dia"

Dengan melafazkan kata-kata ini, sedang menukar perasaan kita daripada negatif kepada positif..

Kita sedang menukar DOA kita, daripada doa yang tidak baik, kepada doa yang baik untuk diri sendiri :)

Sekian perkongsian nana..

Moga bermanfaat buat semua.. Have a nice weekend everyone <3

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger