Pages - Menu

TIPS BUAT PERSONAL SALES BERPULUH RIBU RINGGIT SEBULAN

Assalammualaikum semua...

Rindu! Rindu! Rindu nak update blog okeh! Lama betul terbiar blog comel ni..Amount kan tuanmu ini cik blog :-)

Tengah rest sebenarnya ni sebab baru je sampai dari kampung. Alhamdulillah...balik kampung sentiasa meninggalkan moment-moment happy walaupun sekejap sangat.

Walaupun balik kali ni tak cukup kirim sebab adik Ida, Kak Cik bercuti di Kedah tapi still lagi happy bila tengok senyuman mak! Nilai senyuman, gelak tawa, borak - borak dengan mak tu, priceless tau!

So, petang ni Ida nak belanja ilmu Kat semua readers!

Credit to Master Nor Farhana Jutawan Muda dengan sharing yang sangat berkali ni.

Ida one of follower Master Nor Farhana ni. Setiap sharing beliau sangat dekat dan terasa terus kat hati. Jadi, jemput baca ye semua...

Saya nak share 1 tips macamana saya setiap bulan dapat banyak personal sale

Dari zaman saya bekerja + bisnes sampai la jadi work at home mom ni, itu je tips yang saya amalkan (sebenarnya banyak la lagi kan tips tapi yang ni kira tips paling konsisten sejak 4 tahun lepas)

Saya selalu bersolawat dan berzikir. Memang sentiasa la ucap di bibir kata-kata pujian pada nabi saw

Ingat lagi. Dulu sambil drive kereta nak ke pejabat (opis tak jauh sangat, 10 minit sampai la) saya akan drive + solawat dan zikir.

Zikir yang saya selalu sebut

YA WAHHAB - Maha pemberi
YA RAZZAQ - Maha pemberi rezki
YA FATTAH - Maha pembuka

Kadang-kadang saya zikir sambil tekan pakai alat pengira zikir tu. Kadang-kadang kira pakai jari. Kalau 1000x mau pusing gak kepala nak kira

Alhamdulillah. Oder mencurah-curah. Sebelum jadi Master, personal sale saya pernah capai RM35,000 sebulan.

Tapi sekarang takde la semeriah tu lagi sebab fokus saya lebih kepada grow leaders. Koman-koman pun mesti akan cecah RM10,000

Bila buat sesuatu amal, syaratnya hati mesti ikhlas, fokus, istiqomah dan yakin. Jangan sesekali ada perasaan ragu-ragu "eh mujarab ke ni? Takkan dengan solawat & zikir pun boleh tarik sale?"

Haaa takmau camtu naa. Husnuzzon kat Allah swt sentiasa

Hati manusia ni kuncinya ada pada Allah swt. Allah la yang menjentik hati customer untuk contact kita beli barang walaupun jiran sebelah rumah dia jual barang yang sama

Biarpun marketing kita super duper hebat, tapi kalau hubungan kita dengan Allah renggang, rezki lagi akan menjauh

Sabda baginda Rasulullah saw "sesiapa yang bersolawat ke atasku, nescaya Allah swt akan menurunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda"

- HR Muslim -

Ok. Kawan-kawan dapat sesuatu daripada sharing ni ☺?

Saya izinkan kawan-kawan untuk share post ni ye. Tak perlu mintak izin

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger