Pages - Menu

TIPS SUAMI ISTERI MEMELIHARA SOLAT BERJEMAAH KETIKA ANAK MASIH KECIL

Assalammualaikum semua...

Entry ni stay dalam draf dari semalam sebab tunggu tuan punya badan reply bagi permission untuk share ilmu ni.

Alhamdulillah....Dan dapat permission dan meh Ida share dengan semua jugak. Terima buat Ummu Aiman(Nama FB) dengan perkongsian yang sangat hebat ni..

Jemput baca ya..

Begini caranya kami dapat berjemaah bersama hampir setiap waktu tanpa membiarkan anak kami menangis sendiri.

Sebab kami tak nak rugi rebut pahala solat berjemaah berbanding solat sendiri. Bayangkan Allah SWT gandakan 27 ganjaran pahala solat berjemaah berbanding solat sendiri.

Apa kami buat ?

Setiap kali suami solat saya akan main main dulu dengan anak. Dah siap ambil wuduk, dah siap bentang sejadah, dah siap pakai telekung.

Lepas tu saya letak satu atau dua mainan yang anak saya paling suka main dekat tempat solat tu.

Bila suami sudah di rakaat terakhir, di situ barulah saya angkat mengangkat takbir (dikuatkan sedikit suaranya) menandakan saya dah masuk berjemaah bersama suami.

Masu tu anak still duduk dekat dekat lagi dan tak main jauh. Lepas suami bagi salam sambil zikir suami dapat tengok anak kot kot jatuh tergolek ke menangis ke. Dan saya dapat teruskan solat rakaat kedua dan seterusnya tanpa risau keadaan anak

Begitulah cara kami memelihara solat berjemaah bersama. Moga moga perkongsian ni dapat membantu orang lain juga yang ada anak kecil dan mahukan berjemaah bersama.

Ilmu ni kami dapat dari guru kami sendiri Habib Ali Zaenal Abidin. Moga bermanfaat untuk semua...

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger