Pages - Menu

MY DREAMS HOUSE!

Assalammualaikum semua..

Lately ni kan, kami ada satu hobby baru. Hobby yang sangat best dan sentiasa membuatkan adrenaline kami laju je.

Sekarang ni dah terpikat dengan siri RENOVATION KING on DIVA. Entah bila datangnya hobi baru ni, kami pun tak perasan sangat sebenarnya...Hihihi..

Kami suka tengok decorations kat FB, cik gugel dan juga dalam Siri house renovation camni. Dari ruang santai,ruang tamu dan semuanya kami amati dan cuba untuk apply kat mana yang sesuai dengan rumah kami.

Balik kampung kali ni, kami pergi kenduri masuk rumah baru anak buah. Ya Allah...best sangat tau! Best sebab mereka dah punya rumah sendiri.

In shaa Allah...soon, kami juga akan ikut jejak langkah mereka. Untuk tahun ni, kami ada plan tersendiri. Tapi, DREAMS HOUSE tu memang sentiasa tersekat dihati.

Sekarang ni juga Ida dah selalu search rumah-rumah yang serdang dibina dan nak dibina. Bila je tengok FB ada yang beli rumah baru, tengok deco rumah, hiasan dalaman dan macam-macam lagi, Ida dah siap sengih sorang-sorang. In shaa Allah...satu hari nanti, Ida juga akan memiliki rumah idaman ida.

Cuma, harini macam rasa nak share  CIRI-CIRI DREAMS HOUSE IDA.

1) Berdekatan dengan tempat keje Ida dan suami.

2) Double storey yang selesa dan besar dengan ruang laman yang besar

3) Green landscape Kat belakang dan depan rumah( sebab Ida suka kehijauan alam dan jauh dari jem. Bila kita dah bekerja hari-hari, rumah adalah tempat kita mencari ketenangan..Betul tak?)

4) Ada 4 bilik dan 4 bathroom (3 pun ok dah)

5) kawasan perumahan tu mestilah FULLY GATED and GUARDED

6) Ruang dapur yang besar dan lengkap dengan kabinet, island bench, ruang memasak yang selesa dan kemas, ada dry dan wet kitchen.

7) Ruang tamu dan ruang family yang besar dan selesa.

Haaa...Tu dia antara kriteria-kriteria DREAMS HOUSE IDA. Target Ida sebelum umur 35, dah dapat rumah idaman ni. In shaa Allah...Readers semua...Doakan impian Ida yang satu ini tercapai dengan.Mudah dan berkat :-).

Sekarang ni dah dapat hobi baru...Setiap hari wajib tengok gambar - gambar rumah idaman ni. So, Ida nak simpan dalam blog ni buat reference.

Ya Allah... perasaan nak ada rumah sendiri tu membuak-buka sekarang ni.. Mesti kena usaha lebih kumpul duit nak beli rumah.

Disebabkan rumah yang nak beli nanti adalah rumah pertama dan Ida memang tiada pengalaman langsung,makanya sekarang ni banyak bertanya dan minta pendapat yang pakar.

Gambar-gambar kat bawah ni sama sangat macam apa yang Ida nak. Jadi, simpan Kat sini dulu. Kebanyakkan gambar ni dapat dari FB. Paling Ida suka Interior Design dapur Master Ainul Shahrazad. Credit to her for the awesome kitchen pic!

* Tq Master Ainul. Anda membuka mata Ida untuk lebih jelas dengan ape yang Ida nak!

Kitchen adalah territory kaum wanita. Betul tak? So, memang kita akan pastikan kitchen kita cantik, kemas,bersih dan nampak ekslusif! I love that!

Semoga dipermudahkan segalanya.

Jangan takut berIMPIAN BESAR!

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger