Tuesday, October 4, 2016

Penangan Nutriwhite Shaklee Kepada Cik Puan Ida

Views

Assalammualaikum semua...

Tajuk tu dah menunjukkan Ida ni terlampau obses barangkali. Hihihihi... Gara - gara rangkaian produk Nutriwhite Shaklee, sebelum tidur dan bangun tidur pagi-pagi esok pun still lagi duk belek muka Kat depan cermin. Tangan ni duk rasa-rasa muka ni, lembutnya...Tak pernah tau dapat rasa kulit muka lembut camni.

Nak tahu apa yang Ida guna? Cuma 3 produk Nutriwhite Shaklee yang basic je:-
» Gentle Action Make Up Remover
» Gentle Deep Foaming Cleanser
» Overnight Renewal Whitening Cream

Sebelum ni, biasanya dengar dari mulut pengguna tegar Nutriwhite dan juga baca testimoni pengguna yang berpuas hati kat Mr.Google dan juga leader dan adik beradik Dazzling Diamond Group. Tapi, bila sendiri dah rasa ketiga-tiganya serentak, memang awesome sangat!

Firstly, bangun pepagi tu terus gosok muka dengan Gentle Action Make Up Remover. Buangkan segala daki dan kulit -kulit mati kat muka tu. Kepada yang suka make up tu, memang totally worth guna Make Up Remover ni. Mudah sangat tanggal segala make up tu.

Make Up Remover ni ada tekstur macam biji -biji scrub tu masa kita gosok. Memang best. Car a scrub muka paling best di a bad ini.

Real story nih. Hidung Ida banyak blackheads dan whitehead sampai menggerutu bila sentuh dengan jari kat bahagian  atas tu. So, dengan sepenuh tenaga, tenyeh punya tenyeh makanya memang rasa best sangat hasilnya... keluar segala daki -daki tu serta whitehead dan blackheads.

Hari ni belek muka Kat cermin, blackheads dan whitehead dah kurang!Wahhhh!!! Kejakunan itu terserlah.heee. blackheads dan whitehead kat hidung Ida ni bukan calang-calang degil nye nak hilang. Kena ada produk yang betul - betul hebat je tau!
Baru boleh jalan. So, bila tengok macam tu kat cermin, memang teruja teruk la kan? Heee...

Gentle Action Makeup Remover:-

~ Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda

~ Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit

~ Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit

~ Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

After dah selesai proses nyahdaki dan kulit mati, makanya basahkan muka dengan air dan cuci dengan Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite pulak.  Ida dah tube kedua guna Cleanser Nutriwhite ni. Memang tersangat puas hati daripada pelbagai aspek.

Sekarang ni tak perlu risau dah kulit  kering,tegang dan sakit after cuci muka. Paling best bila cucian pertama pun kita rasa kulit lembut sangat! Baru cucian pertama tu. Bayangkan kalau berkali - kali cucian. Tak ke rasa best sangat kat ctu?hihihi...

Kulit jadi segar dan lebih menenangkan. Tambahan pulak,masalah kulit kering dah takde. Kulit jadi smooth, moist dan glowing gitu..

Yang paling Ida suka sebab jimat! Jimat banyak sangat. 1 tube boleh guna untuk 6-9 bulan. Ada yang betul-jimat tu boleh guna setahun. Memang la tak cari lain lepas ni. Bukan senang tau nak cari cleanser yang sesuai dengan kulit yang sensitif ni. Disebabkan cleanser Nutriwhite ni fully organic based, jadi memang tak risau pun nak guna. Ibu mengandung pun di galakkan tau.

Gentle Deep Foaming Cleanser:-

~ Membersihkan dan menyegarkan kulit

~ Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit

~ Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin

~ Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit

~ Lembut dan menyegarkan

Then, before sleep apply plak Overnight Renewal Whitening Cream. Pakai sikit je, tapi cukup untuk cover keseluruhan kulit muka.

Night Cream ni paling best sebab kita boleh rasa kulit ni selembut kulit baby. Langsung tak melekit dan buat kita jadi rimas tu.

Biarkan semalaman, bangun pagi esok muka still banyak fresh! Segar je tau...orang kata, Nak tengok sorang wanita tu cantik atau tak, tengok masa awal pagi waktu dia baru bangun tidur. Kalau bangun tidur pun, muka still lagi fresh, kulit lembut macam kulit baby, mesti tak nak lepaskan peluang ni kan?

Yang pastinya set Nutriwhite ni memang tahan berbulan-bulan. Itu langkah berjimat yang sangat baik.

Overnight Renewal Whitening Cream:-

~ Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit

~ Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam

~ Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit

~ Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit

~ Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Alhamdulillah...Diberikan kesempatan untuk rasa nikmat ni. Ida taknak Ida sorang je rasa best tau. Jom kita sama -sama cantik dengan selamat. Produk Shaklee ni bebas dari merkuri dan juga paraben yang membahayakan kulit dan keseluruhan sistem kita.

Kalau kita tak ubah sekarang, bila lagi? Kita ada amanah untuk dijaga. Jadi, jaga la sebaiknya ok :-)


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...