Pages - Menu

Hawa Resort Janda Baik,Pahang

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah...Pertama Kali menjejakkan kaki ke Janda Baik, Pahang. Kalau dah namanya kaki jalan, kepala ni duk ligat je mencari-cari destinasi seterusnya.

Alhamdulillah...Janda Baik, salah satu impian yang terlaksana jua akhirnya...Terima kasih Allah diatas kasih sayangMu yang melimpah ruah ni..Memang Ida nak sangat pergi berehat, menenangkan hati dan fikiran  dikelilingi hutan hijau yang mendamaikan. Dengan air sungai yang mengalir laju...ditemani kicauan burung-burung dan juga air sangat yang sejuk dan menyegarkan...

Allahu...Percutian singkat tanpa dirancang..Walaupun bercuti ramai - ramai tapi suasana tenang tu tak terganggu langsung..Seronok! Indahnya ciptaan Allah. Ditemani dengan anak - anak kecik yang pelbagai ragam. Riang ria bermandi manda. Riuh rendah  lagi bila acara sukaneka bermula! Suara gerak tawa diselangseli dengan jeritan dan tangisan! It's refreshing!

One of the resort yang highly recommended kat Janda Baik ni HAWA RESORT JANDA BAIK. Bilik nya Bermacam-macam jenis la. Tapi feedback dari semua memang ok sangat! Bilik -bilik kayu ala-ala rumah kampung. Tapi, I love the washroom! Sangat besar okeh!

Tempat rekreasi y besar dan terurus, kemas dan bersih dan juga sungai yang berdekatan dengan bilik - bilik yang ada. Walaupun suasana nya sunyi, tapi tak scary. Mendamaikan sangat! Memang nak sangat korang datang sini sebenarnya. Rasa sendiri. Bawak anak-anak bercuti kenali alam sekitar.

Jom mandi manda. Tapi tak sanggup kot duk lelama. Sejuk dia kalah ais! So, sila la merasai sendiri ya! :-) :-) :-)

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger