Pages - Menu

TIPS REZEKI MENCURAH-CURAH DALAM MASA 7 HARI

Assalamualaikum semua...

Apa khabar semua?? Rindunya nak update blog comel ni...Dah lama menyepi diri kan? Kadang kadang je bersiaran di FB dan Instagram...

Cuba untuk kembali aktif ni sebab ada satu ayat daripada Master Haji Roslan

" Dalam kesempitan itu ada kesempatan"

Jadi, take it! Redah je la kan? Semoga semuanya dalam keberkatan Allah...

Untuk entry pembukaan malam ni, saya nak share ILMU dan TIPS daripada Syukriyyah Daud di FB beliau...

In shaa Allah...ambil peluang yang ada ni untuk amalkan dengan istiqamah :-)

Paksa diri buat 7S ini tanpa gagal.

◆ Solat di awal waktu & sentiasa pelihara aurat.

◆ Solat Dhuha sebelum memulakan urusan bisnes/kerjaya.

◆ Solat Tahajjud pukul 4 pagi -  bercerita kepada ALLAH tentang perancangan bisnes/kerjaya, keinginan nak kaya, kemahuan & kesyukuran akan nikmat dunia akhirat.

◆ Sedeqah walau sedikit.

◆ Surah Al-Waqiah dibaca selepas Solat Isyak, untuk elak kemiskinan.

◆ Sembang dengan mak ayah & pasangan setiap hari walaupun 5 minit; mohon kemaafan & keredhaan.

◆ Seribu kali istighfar terutama ketika memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes/kerjaya.

Cubalah. Dan lihat sendiri keajaiban yang akan kita nikmati.

Sukses = 80% tawakal + 20% usaha. ❤

SELAMAT BERAMAL :-) :-) :-)!!!

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger