Pages - Menu

KERANA TERTANGGUHNYA SOLAT

Assalamualaikum semua..

Sedikit ilmu dipetang hari ni untuk semua...Semoga bermanfaat..

Tazkirah petang :

Barangsiapa membiasakan dirinya dalam melewatkan atau menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya sama ada perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan taufiq daripada Allah.

Hasan al-Basri berkata: Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat tepat pada waktunya.

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger