Pages - Menu

Hikmah Mengutamakan Ibu Daripada Kerja

Assalammualaikum semuaa...

Alhamdulillah....Dah dapat tune semula untuk mencoretkan something kat blog yang dah lama terbiar tak di 'update' ni...Ampunkan daku ye Cik belog!

Pepagi yang indah ni, yang masih fresh ni, saya nak berkongsi satu cerita motivasi dari FB Felinna Nadea...Jemput baca tau!

Kisah kami yg terjadi bulan ini.

2 minggu lepas mak sakit. Kami sebenarnya ada beberapa meeting penting  berkaitan perniagaan yg melibatkan nilai RM ratusan ribu serta RM jutaan sebulan  jika berjaya .

Tapi kami hold dan abaikan kerana fokus kepada mertua yg sakit. Alhamdulillah ketika menjaga mak di hosp. Walau kami tidak bekerja . Asbab dari itu Allah turunkan sales yg tidak disangka. Kami mendapat sales Rm100k sehari.

Dan selepas itu kami travel ke KL - Terengganu maka lama juga kami tidak masuk office.

Sampai ke Kedah kami diberi ujian mama kakfel pula sakit. Sampai Kedah mama adalah fokus kami. Walau banyak kerja bertangguh di office kami buat keptusan menjaga mama dulu.

Semalam abg Rafie cakap dia aja balik sorang ke Office sebab tak sedap hati tinggalkan office lama dan kakfel ja yg jaga mama dgn adik adik yg juga balik teman mama.

Tapi harini dia tak sampai hati tinggalkan kami maka dia postpone utk buat kerja dan fokus kepada mama dan menjaga kami.

Sebenarnya sales agak menurun kerana kami kurang fokus lately. Terus terang jiwa agak kacau kerana kami seolah tidak diberi masa oleh Allah utk push sales. Kami mula berkira kira utk memilih kerja atau mama.

Tapi kami yakin ibu juga adalah Marketing tools yg baik.

Maka kami teruskan menjga mama kakfel dan abaikan kerja sebentar dan biarkan Allah menjaga perniagaan kami. Kami hanya doakan dr jauh.

Alhamdulillah harini tanpa semena Allah berikan rezeki yg luarbiasa mengantikan beberapa ketika sales yg menurun kerana kurang fokus itu.

Total sales harini menghampiri RM700Ribu dan ini adalah catatan sales terbanyak kami sepanjang di Raffelinna sdn bhd . Selama ini sales tertinggi adalah Rm600Ribu sehari pada zaman inchloss lotion.

Dan sebagai bonus. Tetiba 2 3 harini susu kakfel cukup utk 2 org anak tanpa perlu kakfel berikan makanan atau susu tambahan lain.

Sedangkan sebelum itu kakfel menghadapi kemurungan kerana issu milk supply yg tak cukup kerana penat dan banyak travel serta stress.

Ya Allah ibu itu keramat maka yakinlah kalian yg sedang menjaga ibu dan ayah atau pon mempunyai pilihan utk pulang menjenguk ibu bapa atau pergi menguruskan kerja bahawa marketing terbaik adalah dgn menyenangkan mereka.

Jika kita boleh outstation utk kerja meninggalkan rumah kenapa sukar utk oustation selalu menjenguk dan menjaga ibu dan bapa?

Rasa sgt lama pula tak jumpa ibu mertua Radziah Yaakob . Suami Rafie Ramli cuma lepas rindu melalui telefon. Semoga mak and mama di bawah jagaan Allah dan mendapat rahmat Nya.

Kami masih belajar dan pembelajaran bulan ini mengenai keramat IBU adalah pelajaran yg sgt bernilai.

#tipsfelinnanadea

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger