Pages - Menu

Hijrah Itu Jawapan Bagi Permasalahan Dalam Kehidupan Kita

Assalamualaikum semuaa!!

Lama sungguh entry ni duk kat dalam draf. Berkali - kali nak di post kat Blog, namun ada perancangan Allah yang lebih baik.

Saya suka sangat pasangan Jutawan Muda ni...Felinna dan suaminya, Rafie. Setiap hari  wajib buka FB Fel setiap pagi semata - mata nak baca ilmu yang selalunya beliau akan tulis selepas Subuh.

Anda yang masih belum pernah bertandang ke FB Felinna ni, singgah la disana...Banyak ilmu yang bermanfaat boleh diambil untuk.bekalan kita dunia akhirat.

Untuk para wanita, jadikan yang baik itu ikutan untuk kita mencapai redha Allah dan suami...dunia dan akhirat...

Semoga bermanfaat...Selamat Membaca (^_^)

Dulu rambut kita karat, baju kita ketat!

Kisah kakfel ..

Kakfel seorang bekas model berambut perang yg sgt seksi,masa tu kakfel rasa dalam perniagaan perkara paling utama adalah dengan menjaga penampilan serta menjadi perhatian.

Berpakaian seakan artis barat, diberi pujian utk kecantikan serta dijadikan mentor oleh ramai anak muda menjadikan kakfel lupa pada yg mencipta.

Kisah ini mungkin kisah hidup yg paling kakfel tak suka utk bercerita. Tetapi pengajaran di sebaliknya membuatkan kakfel terpanggil utk berkongsi.

Pada usia 21 tahun, kemewahan, glamor, kawan kawan serta kejayaan dalam genggaman kakfel..

Tapi ujian demi ujian menimpa, Hati kakfel tak pernah tenang. Kakfel masa tu selalu rasa , aku cuma tak tutup aurat  tapi aku tak mabuk, aku tak ambik dadah aku tak pernah buat perkara JAHAT! definisi jahat itu hanya kepada kejahatan yg nampak teruk. Membunuh, mencuri, dan lain lain . Tapi tak tutup aurat dan solat tidak seperti kesalahan besar pada kakfel.

Actly.. Antara ujian yg fel dapat adalah sama macam yg korang dapat sekarang.. Contohnya:

1) Bergaduhngan kawan,kawan ngumpat,kita sentap! Sedangkan kita rasa kita ni dh cukup baik.

2) Bila buat bisnes asyik masalah,duit masuk banyak tapi x lekat. Kerja makin susah.

3)  Bergaduh dgn parent rasa x  disayangi,apa parent bagi semua tak cukup.

4) Hidup rasa tak tenang,macam ada sesuatu yg hilang.

5) Kereta kakfel asik rosak memanjangggg. Ya Allah asyik keluar ja duit.

6) Kena fitnah and dibenci org tanpa sebab yg jelas.

7) Kakfel mudah marah and emosi sgt sgt. Mood swing .

8) Orang selalu tipu duit kakfel sana sini,asik kena pusing ja!

9) Selalu rasa tak puas hati kat ramai org,dok berasa diri ja betui.

10)  Hidup rasa lonely walau pun berjaya . Hampir setiap minggu ditimpa ujian pelbagai,tetiba phone hilang,tetiba laptop rosak,tetiba  gaduh ngan kawan.. Dan semua tu x berhenti!

Inilah antara faktor kakfel hijrah sbb kakfel tau,punca dia bukan org keliling TAPI KAKFEL SENDIRI.. Allah sdg tampar2 kakfel suruh bangun!

"Bangun fel ! Tu semua bukan ujian tu balasan! Hang dok permain hukum Allah.. Hg tau dak tutup aurat tu WAJIB! Hang tau dak  solat tu WAJIB! Tapi hg dok wat lex ja x follow napa? X takut neraka ka?"

Then kakfel slow2 lah belajar semula islam ni, dah macam rupa  saudara baru,tatih2 baca iqra di usia 24thn, kemudian tatih2 belajar ngan ustaz n ustazah suruh datang rumah,suruh dtg opis..

Saat kakfel cakap nak balik kepada Allah saat tu kakfel tak fikir apa dh org nak kata..

Sumpah kakfel takut nak masuk neraka,sakit gigi kat dunia pon dah meraung2 ni kan pula dipukul dipalu, bayang seksa kubur.

Ya Allah,sampai sekarang kakfel belum layak jadi ahli syurga..takut sgt2 Allah ambik  nyawa,trauma kakfel ni sampai kdg2 nak kemana2 pikir aku ni satg kalau mati cemana.. Then cepat2 mohon Allah panjangkan usia.. Nak buat ibadat lagi..

Alhamdulillah dlm masa 5 tahun ni banyak kakfel explore n belajar.. Sekarang ni dh boleh baca quran, dah boleh ajar org sikit2 pasal islam.. InshaAllah... Tapi masih... Saya bukan ustazah!

Adik2 ingatlah... Jangan syg dunia sebab kita ni akan tggalkan dunia.. Jangan rasa sayang dgn kisah kita di dunia sebab dunia xmembawa apa2 pada kita jika kita tak guna kan utk kejar akhirat, jangan jadikan hidup kita sia2..

Rambut karat,mata bulat , bulu mata pelesu,kasut 12inch, pentas peragaan,baju kain perca.. Semua itu hanya mainan syaitan utk kaburi kita supaya nampak dunia indah..

Sedangkan.. Hakikat nya syurga itu berganda hebat n indah!

Balik lah ke pangkal jalan,pedulikan org yg nak bercakap buruk di belakang kita! Sebab tu lah mereka di belakang..... Dan kita teruskan berlari ke depan..

Hidup kita harini semua berkaitan dengan apa yg kita akan dapat di akhirat nanti. Semoga dengan hijrah kita yg sedikit membawa makna yg besar utk kita di akhirat. Kita semua boleh berubah. Nak dengan tak nak shj.

So siapa dapat sesuatu dari entry ini, cer bagitau sikit... Apa uolls rasa......mayb kisah kita sama....kakfel izinkan share utk pengajaran bersama.

Alhamdulillah
Felinna nadea ed fattah
Pengasas Caliph Kids Expert
Pengasas Felinna Beauty
Pengasas Felinna Boutique
Pengasas Raffel Wholesale
Pengarah urusan Raffelinna Sdn Bhd
Pengarah  urusan Raffelinna marketing sdn bhd.

#mencarikejayaan #tipsfelinnanadea

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger