Pages - Menu

Dari Kulit Dayang Senandung Menjadi Kulit Cik Siti Wan Kembang

Assalamualaikum dearies...

Alhamdulillah....Harini Allah permudahkan banyak urusan. Segalanya mudah sangat selesai. Smooth je perjalanannya...Baiknya Allah kan? Sentiasa ingat, sentiasalah bersangka baik dengan Allah sebab Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya :-)

Ada tak yang pernah dapat masalah kulit gelap. Hangus terbakar. Samada disebabkan oleh sunburn, bekerja kat site, salah pakai produk (skincare) luaran ataupun disebabkan oleh faktor allergic (alahan)?

Jika jawapan anda ya bagi salah satu soalan atau kesemua nya sekali, malam ni saya nak share kan satu cara mudah dan jimat untuk dapatkan kembali kulit yang cerah berseri macam dulu.

Alhamdulillah...Saya telah berkenalan dengan Cleanser Nutriwhite Shaklee sekian lama hampir setahun lebih. Selalu saya share kepada semua di FB, Instagram dan Twitter saya tentang betapa bestnya menggunakan Cleanser Nutriwhite Shaklee ni. Sungguh! Saya berharap setiap sharing saya di semua laman sosial saya tentang Shaklee memberi manfaat kepada semua.

Skincare Nutriwhite dibangunkan sesuai untuk kulit orang Asia dengan keadaan iklim dan cuaca yang sama seperti di negara -negara Asia. Ramuan didalam Cleanser Nutriwhite Shaklee ni diperolehi daripada bahan bahan terbaik dari 16 buah negara.  Alhamdulillah....teruja sungguh bila bertemu Shaklee ni.

Cleanser Nutriwhite Shaklee berfungsi :-

~ Membersihkan dan menyegarkan kulit

» Kulit kurang berminyak

~ Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit

~ Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin.

» liang pori rapat sebab kotoran celah pori disingkirkan

~ Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit

~ Lembut dan menyegarkan

» Kulit akan lebih bersih, licin, lembut, segar dan berseri, sekata. Apabila apply Set Skincare Nutriwhite yang lain lebih mudah diserap dengan sempurna.

Sangat bagus untuk yang ada masalah pori besar. Bila liang pori besar, kotoran pada wajah tak dapat ditanggalkan dengan sempurna dengan pencucian biasa. Sebab tu kita rasa kulit makin berminyak walaupun dah cuci.

Apa yang paling best, konsisten amalkan mencuci muka dengan Cleanser Nutriwhite ni, kulit semakin cerah berseri.

Tambah lagi bila kita amalkan dengan Vitamin C Shaklee setiap hari tanpa skip! Kesannya sangat ketara yang kita sendiri pun tak jangka.

Kulit semakin cerah, anjal dan semakin muda..kedutan halus di bawah mata dan dahi semakin berkurang dan akhirnya hilang jika terus amalkan... Macam mana pulak Vitamin C ni bertindak?

Kebaikan Vitamin C Shaklee untuk kulit :-

Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Cleanser Nutriwhite Shaklee dan juga Vitamin C Shaklee ada kandungan Vitamin C kat dalamnya...Sebab tu kulit jadi lebih CERAH dan GEBU tapi dengan harga yang sangat jimat.

Anda yang mAsih tercari - cari penyelesaian untuk masalah kulit, nak kulit macam kulit orang Korea tuh, tapi dalam masa yang sama nak jimat dan bajet, jadi cleanser Nutriwhite Shaklee dan Vitamin C Shaklee adalah pilihan terbaik anda! Walaupun set penjagaan kulit yang sangat basic, tapi hasilnya?

DARI KULIT DAYANG SENANDUNG MENJADI KULIT CIK SITI WAN KEMBANG (^_^)

Yang penting kulit putih, cerah dan gebu dengan selamat untuk tempoh masa yang lama tau!

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger