Pages - Menu

Cegah Sebelum Parah - Tukar Kepada Produk Yang Lebih Selamat

Assalamualaikum dearies...

Ya Allah...lama sungguh tak update blog kesayangan ni kan? Alhamdulillah...Hari ni marilah kita update entry blog yang duk je kat dalam draf tu.

Hari ni saya nak kongsi ilmu yang saya dapat daripada Page Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan tentang bahaya MERKURI yang ada dalam sesetengah produk atau krim atau lotion pemutih.

Perasan tak sekarang ni banyak sangat produk - produk pemutihan yang macam " cendawan tumbuh selepas hujan". Sana - sana boleh kita tengok ada je produk -produk baru yang dikeluarkan. Kadang - kadang yang tiada kelulusan KKM pun ada juga dijual dipasaran. Yang sedihnya ramai juga yang membeli. Tapi saya tak salahkan mereka. Mungkin ada beberapa sebab kenapa produk - produk macam ni jadi pilihan utama. Antaranya ialah kesan yang lebih cepat. Ada tu seawal 3 hari dah putih sangat dah dapat. Tapi kesan akan datang sangat - sangat menakut kan.

Wanita kan? Sebut je boleh putihkan kulit dalam jangkamasa yang singkat, terus nak cuba. Tak kisah la selamat atau tak. Janji cantik dan putih. Jangan macam tu. Kulit kita ni amanah Allah. Sewajarnya kita jaga sebaik yang mungkin. Bukan semata - mata untuk cantik yang sementara je.

Sebab tu penting sangat pendedahan tentang produk - produk yang ada MERKURI ni kepada semua wanita tak kira la orang kampung ke, orang bandar ke, kita semua sama. Sebab wanita...kerana dirimu begitu berharga :-).

Saya minta sedikit masa anda, untuk baca sehingga habis entry kali ni ya :-)

MERKURI ialah salah satu bahan yang sering DICAMPURPALSU di dalam kosmetik seperti krim dan losyen pemutih kulit. Ini kerana  kehadiran merkuri di dalam kosmetik mampu menghalang penghasilan MELANIN (bahan pewarna kulit) dan menyebabkan kulit menjadi putih.

Namun, pendedahan kulit dan anggota badan terhadap MERKURI dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang akhirnya boleh MERAGUT NYAWA ANDA! JANGAN PERJUDIKAN NYAWA UNTUK KECANTIKAN YANG SEMENTARA!

#CaknaUbatAnda

Takut tak BAHAYA MERKURI ni dalam jangkamasa yang panjang kepada tubuh kita? Nak cantik punya hal, kita korbankan anggota yang lain. Buat pilihan bijak semua. Saya tahu anda wanita bijak. Wanita bijak memilih sesuatu yang terbaik untuk diri mereka sebab mereka adalah yang terbaik (^_^). Betul tak semuaaa???

Mulai sekarang, pilihlah produk yang based nya daripada sumber semulajadi...Yang selamat dan berkesan. Banyak sangat produk yang selamat dan daripada sumber semulajadi kat luar sana tu. Biar lambat, tapi selamat. Jangan cepat tapi merana sepanjang hayat.

Saya dulu pun macam tu juga. Alhamdulillah...Allah bukakan pintu hati lebih cepat untuk kenal dengan Shaklee ni. Sekarang ni rangkaian Set Nutriwhite Shaklee menjadi pilihan utama.

Kenapa saya pilih Set Nutriwhite Shaklee? Sebab rangkaian Nutriwhite Shaklee ni direka khas untuk kulit orang Asia. Ramuan kat dalam dia diperoleh daripada 16 buah Negara serta dibangunkan oleh saintis dan pakar - pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.

Yang masih tak tahu apa yang ada dalam Rangkaian Nutriwhite Shaklee ni, meh saya share kan serba ringkas ya.

Set Nutriwhite Shaklee

1) Gentle Action Makeup Remover

~ Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
~ Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
~ Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
~ Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

2) Gentle Deep Foaming Cleanser

~ Membersihkan dan menyegarkan kulit
~ Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
~ Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
~ Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
~ Lembut dan menyegarkan

3) Soothing Radiance Whitening Softener

~ Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
~ Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
~ Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
~ Marshmallow membekalkan lembapan penting
~ Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

4) Daily Defense Whitening Essence

Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:

~ Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
~ Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
~ Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
~ Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
~ Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
~ Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

5) Ultimate Protection Whitening Lotion

Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

6) Overnight Renewal Whitening Cream

~ Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
~ Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
~ Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
~ Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
~ Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

7) Spot Whitening Treatment

~ Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
~ Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
~ Cats Claw menegangkan kulit
~ Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

Banyak feedback daripada customer yang amalkan rangkaian Nutriwhite Shaklee berpuas hati sangat - sangat dengan kesan dia mencerahkan dan meremajakan kulit. Saya sendiri dah rasa. Tapi part tu, saya sharing next time ok :-) Rata - rata pengguna Nutriwhite Shaklee ni inform sekarang ni dah tak perlu make up tebal - tebal untuk keluar sebab kulit dah bebas cela. Kalau yang make up pun, make up jadi smooth dan tahan lama! Suka tak macam tu?

Berubah lah dari sekarang. Pilihan kita hari menentukan kehidupan kita di masa akan datang. Baik yang kita pilih, baiklah keputusannya untuk kita di masa akan datang. In shaa Allah...

Sekarang ni dah ada cara mudah, selamat dan berkesan untuk dapat kulit putih dan semulus kulit Che Ta walaupun tanpa make up! Hihihi...( ni kesan tengok cite Kak Marr kat TV 3 tu ha) Hihihi....;p

Jika anda nak dapatkan set Nutriwhite Shaklee ni atau inginkan konsultasi percuma berkenaan produk Shaklee, boleh contact saya tau. In shaa Allah saya akan membantu anda sebaik yang mungkin ya..

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger