Pages - Menu

Tips Untuk Hot Mama

Assalamualaikum dearies...

Petang ni dalam perjalanan menuju ke tempat best yang staff nak bawakkan...Pengembaraan pertama sesi 2016 untuk kerja hakiki...

Alhamdulillah...permulaan yang baik tau...Nak-nak saya yang suka travel ni...Tp travel kali ni agak berbeza dengan something happens.

Selalu duk tengok naik kat new entry tentang Shaklee kan? Harini nak sharing tentang tips untuk ibu tampil cantik dan menarik walaupun dah ada anak.

Bergelar ibu bukan bermakna anda perlu tampil selekeh. Jangan jadikan kesibukan menguruskan anak-anak dan rumah tangga sebagai alasan tak boleh bergaya.

Anda tidak berupaya untuk mengurangkan jumlah umur yang bertambah saban tahun tetapi anda boleh berusaha kekal bertenaga dan sihat sentiasa.

Berikut adalah rahsia mudah yang semua mama boleh amalkan.

1. Makan Buah Dan Sayur

Kandungan vitamin C dan beta karotena di dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua-dua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk memasak sayur hanya dalam tempoh yang singkat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala, buah pula lebih enak dimakan segar.

2. Amal Ulam-ulaman

Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Malah, ia turut mempunyai bahan anti-bakteria dan antioksidan.

3. Ambil Vitamin C

Sumber vitamin C boleh anda peroleh daripada buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli atau suplemen sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.

Haa....Amalkan  SR Vita C Shaklee 500mg tau. Untuk kesan yang maksimum, saya amek 2 biji sehari untuk kecantikan dan kesihatan :)

4. Jaga Kesihatan Kulit

Retinoids dapat mengurangkan kedutan! Jadi, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Menerusi cara ini, ia membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya. Selain itu, coklat dapat membantu anda Memperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah pada kulit anda.

Amalkan suplement Set Kecantikan Shaklee untuk penjagaan kulit yang berterusan. Sebab bila kulit kita bermasalah, ini bermakna kulit kita tak cukup nutrisi. Thats why suplement sangat perlu tau!

5. Makan Antioksidan

Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Antaranya, tomato dan brokoli. Oleh itu, anda disarankan mengambil lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.

Untuk saya memang dah tak jadi masalah..if tak sempat nak cari sayur, 2 biji Vitamin E Complex Shaklee wajib saya ambik before sleep. Vitamin E Complex ni akan bertindak dalam kulit masa kita tidur.

6. Banyakkan Serat

Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci untuk awet muda. Untuk itu, anda memerlukan 25g serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang anda ambil di dalam tubuh dan ia hanya melepaskan zat-zat itu apabila diperlukan. Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

7. Minum Air Kosong

Minum enam hingga lapan gelas sehari agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ-organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi juga, anda berupaya untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan kulit.

8. Diet Seimbang

Kalori berlebihan akan menjejaskan metabolisme tubuh. Maka dengan itu, ambillah diet kalori seimbang dengan jumlah karbohidrat kira-kira 50 hingga 60 peratus, protein 10 hingga 20 peratus dan lemak 20 hingga 30 peratus Jadi, jumlah kalori keseluruhan yang diperlukan setiap hari adalah sekitar 1,500 kalori.

9. Makan Sedikit Tetapi Kerap

Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini juga, organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda.

10. Rajin Makan Ikan

Ikan laut kaya dengan kandungan lemak omega 3 yang berupaya menurunkan kadar lemak. Ia secara tidak langsung dapat mencegah komplikasi pembuluh darah sempit. Untuk itu, anda digalakkan untuk mengambil ikan laut 3 kali seminggu.

11. Minum Susu

Susu merupakan sumber kalsium terbaik yang bermanfaat menguatkan tulang agar tidak mudah rapuh. Asid lemak susu pula berperanan menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

Yang tak suka minum susu macam saya ni, jadikan Ostematrix sahabat baik anda tau! Ianya tablet dan mudah ditelan.

12. Kurangkan Daging

Daging merah mengandungi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel tubuh. Jadi, ambil daging hanya seminggu sekali atau dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

13. Bersenam Secara Teratur

Kadang kala agak sukar untuk anda meluangkan waktu untuk bersenam setelah seharian bekerja. Namun, anda tetap disyorkan untuk berusaha melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu agar kesihatan anda tetap terjaga. Anda boleh berbasikal, berenang mahupun joging. Dengan bersenam, bukan sahaja otot dan tulang menjadi kuat. Lebih daripada itu, kulit mampu menjadi tegang.

14. Cukup Tidur

Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel yang rosak. Maka, usahakan untuk tidur minimum 8 jam sehari. Dengan itu, ia dapat menghindarkan masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam.

15. Gunakan Pelembap

Agar kulit anda kekal segar dan lembap, gunakan pelembap kulit di wajah dan tubuh. Pilih pelembap yang bersesuaian dengan mengolesnya dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi.

16. Gunakan Pelindung Matahari

Sinaran UV pada matahari boleh mengakibatkan proses penuaan seperti menyebabkan kulit wajah berkedut. Jadi, lindungi wajah dengan menggunakan losen pelindung matahari secara teratur setiap kali perlu melakukan aktiviti di luar kawasan rumah.

17. Pilih Kosmetik

Akibat salah memilih produk kecantikan, ia boleh memberi kesan buruk pada wajah anda. Jadi, kenali dahulu jenis kulit dan gunakan produk yang sesuai. Jangan terpengaruh dengan iklan tertentu. Hanya gunakan produk kosmetik yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda.

Bukan setakat barangan make up, tapi skincare luaran juga perlu daripada sumber semulajadi, selamat dan berkesan. Apa yang kita gunakan di luaran kulit akan meresap masuk ke dalam kulit juga tau.

Pilihan saya? Tentunya Set Nutriwhite Shaklee :)

18. Berfikiran Positif

Fikiran yang tenang dan positif sangat berpengaruh dalam memastikan anda kekal muda. Hal ini kerana tekanan boleh menyebabkan wajah anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Maka dengan itu, sentiasalah berfikiran positif dalam mengatasi apa jua masalah yang dihadapi.

19. Bersosial

Aktiviti sosial adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jadi, jangan hanya duduk memerap di rumah. Sebaliknya, luaskan jaringan sosial anda dengan menghabiskan waktu terluang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah yang berfaedah untuk kesihatan tubuh dan minda juga.

20. Selalu Bahagia

Berasa bahagia akan membuatkan anda kelihatan muda. Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, usahakan untuk menghindari diri daripada tekanan agar wajah lebih berseri-seri dan lebih muda daripada usia sebenar.

Tak susah untuk menjadi wanita yang terbahagia...Cuba la amalkan tips yang di share kan oleh majalah Pa & Ma. A very good sharing untuk kaum ibu yang sentiasa ingin nmpk cantik dan menarik untuk suami tercinta.

Dan untuk tambahan, part paling penting jangan tinggal solat, hormati suami dan doa yang tidak pernah putus. Kita punya kelebihan yang berbeza. So, stop comparing yourself to others ok?

Sama-sama kita usaha tau!

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger