Pages - Menu

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum dearies...

Dari zaman kecik, nak dan ayah, ustaz dan ustazah dah ajar Solat Itu Adalah Tiang Agama..

Jika kita ada masalah yang kita lalui dalam menjalani kehidupan kita ni, cuba kita check solat kita...Bagaimana solat kita...

Saya bukan lah sealim mana..Masih juga dalam proses memperbaiki diri untuk jadi yang terbaik. Masih lagi dalam usaha untuk solat di awal waktu. Semoga Allah membantu kita semua...

Hidup kelam kabut datang dari solat yang kelam kabut,

Hidup tak menentu datang dari solat yang tak menentu,

Hidup yang celaru datang dari solat yang celaru,

Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,

Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),

Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,

Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.

HIDUP YANG CEMERLANG DATANG DARI SOLAT YANG CEMERLANG,

HIDUP YANG TENANG DATANG DARI SOLAT YANG TENANG,

HIDUP YANG DIREDHAI DATANG DARI SOLAT YANG SEMPURNA.

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger