Pages - Menu

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum dearies...

Nak berkongsi sedikit ilmu yang dapat daripada group WhatsApp mengaji smkabp...Meh sama2 amalkan okeh..

Sekadar perkongsian ....

1. Jika anak sakit, ibu bapa buat solat taubat. Sebab apa? Sbb Allah nak hapuskan dosa kita dengan cara tersebut, anak tak berdosa, yg berdosa kita , jadi bila anak sakit wlpn demam biasa, ibu bapa cepat2 solat taubat. Jangan kita rasa aku bukan jahat, masalah hati paling utama ialah bilamana kita rasa kita takde dosa & kita tak buat salah.

2. Cara mudah elak ghibah (mengumpat). Sibukkan cari kekurangan diri sendiri, setiap hari fikir dosa apa yg aku buat hari ni, malang bagi kita jika hari ni ada buat dosa baru yg semalam kita tak buat. Jangan jadi pencetus mengumpat atau penambah rasa mengumpat. Wanita, jaga mulut atas & mulut bawah utk ke syurga.

3. Hidup mesti tawakal no 1, bukan usaha kemudian tawakal. Contoh paling simple dalam life seharian, dalam hal rezeki. Segala kecukupan hanya dari Allah, bukan gaji atau majikan atau kerajaan. Orang Islam konsep tawakal pada Allah mesti tinggi melebihi segalanya sbb itu yg bezakan kita dgn org bukan Islam. Faiza 'azamta fatawakkal alallah, innallahyuhibbul mutawakkilin. Bila kita terdetik je rasa tak cukup ni, tak cukup itu, istighfar banyak2 sbb ust fawwaz ada kongsi dalam ceramahnya, manusia yg akan berpaling dari kiblat ketika di dalam kubur nt adalah orang yg tak yakin dengan rezeki Allah. Na'uzubillahiminzalik

4. Tips utk suami isteri, ibu bapa sihat & panjang umur, selamat dari bencana, perbanyakkan sedekah. Istiqomah wlpn 10 sen sehari. Andaikata Allah takdirkan terjadi sebaliknya , kita redha & WAJIB sangka baik dgn Allah sebab Allah tak pernah salah membuat percaturan hidup kita.

5. Tips bahagia suami isteri @ nak elak dari disantau @ disihir . Amalkan solat berjemaah suami isteri terutama subuh & asar. Sebab 2 waktu ni waktu paling kena jaga. Jika sibuk bekerja , cukup dapatkan berjemaah waktu subuh sahaja. Jika kita terlepas subuh, kita akan ada masalah komunikasi & rezeki.

Sekadar perkongsian dari beberapa org guru & sedang cuba amalkan, maafkan sy jika silap & tolong tegur jika silap.

Semoga bermanfaat untuk kita :)

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger