Pages - Menu

Bell's Palsy Dan Rawatannya

Assalamualaikum dearies...

Alhamdulillah...tamat dah outstation hari ni..So, masa untuk berehat dan masa untuk customer kesayangan...Dah agak lewat sebenarnya, tapi tak pe...Saya tak lena tidur selagi tak sharing tentang Bell's Palsy ni.

Actually baru je tahu kewujudan penyakit ni...Alhamdulillah...bertambah lagi ilmu baru dalam bidang ni. Semoga sedikit perkongsian yang tak seberapa ni membantu lebih ramai yang memerlukan.

Jom kita berkenalan dengan Bell's Palsy ni. Sumbernya saya perolehi daripada akhbar Utusan Malaysia Tahun 2011.

Apa itu Bell’s palsy?

Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba- tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.

Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan petanda:-

Dr. Loganathan berkata, Bell’s palsy dikenalpasti melalui :-

» bentuk muka seakan jatuh sebelah.

» Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup

» senyuman dan pergerakan bibir terganggu

» lidah mengeras

» kening juga seperti berkerut dan terangkat

»air liur meleleh

» hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Kata beliau, sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Perkara tersebut, katanya, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.

Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal,” kata beliau.

Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.

Rawatan

Menurut Dr. Loganathan, hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.

“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai rawatan yang diberi kata beliau, doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.

Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

Pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas,” katanya.

Beliau menasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral, kata Dr. Loganathan.

Beliau turut menyarankan pesakit melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun katanya berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.

Pembedahan

Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas, Pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.

Rawatan alternatif

“Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy,” kata beliau.

Namun Dr. Loganathan tidak menghalang seandainya pesakit ingin mencuba kerana mungkin ia satu rangsangan yang baik untuk saraf, namun keberkesanannya belum terbukti secara saintifik. Walaubagaimanapun sekali pun ingin mencuba rawatan alternatif, beliau tetap menyarankan pesakit agar meneruskan rawatan steroid kerana ia terbukti dan diyakini dalam merawat masalah Bell’s palsy.

Ini dari kaedah perubatan. Dan seperti yang kita semua tahu, penggunaan steroid dalam dos yang sangat tinggi adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Jika menurut Dr. Loganathan, ada rawatan alternatif yang boleh dicuba, maka kenapa tidak kita cuba rawatan alternatif menggunakan produk Shaklee?

Alhamdulillah....Dah ada testimoni mereka yang berjaya sihat dengan izin Allah setelah mengamalkan Shaklee.

1) Vivix adalah salah satu suplement yang sangat disarankan untuk mereka yang ada Bell's Palsy sebab Vivix merupakan minuman kesihatan yang dihasilkan daripada anggur muscadine, elderberi dan purple carrot. Gabungan tumbuhan ini menghasilkan satu minuman yang sangat lengkap dan bagus untuk membantu baikpulih DNA yang sering sahaja terdedah kepada virus di sekeliling.

Ia membantu untuk meningkatkan antibodi dan juga mempercepatkan proses baikpulih penyakit Bell's palsy. Kadar penyembuhan secara total in shaa Allah akan lebih cepat berbanding dengan pesakit yang tidak mengambil Vivix.

2) Vitamin B

Antara saranan doktor ialah untuk mengambil vitamin B12 yang juga dikenali sebagai Methycobal. Kebanyakan pesakit Bell's palsy perlu mengambil ubat dalam tempoh masa yang agak lama memandangkan proses baikpulih saraf bukanlah boleh dibuat dalam tempoh yang sekejap.

Maka, tahu-tahulah jika pengambilan ubatan kimia dalam tempoh yang lama juga akan mendatangkan kesan yang tidak bagus. Sebab itulah, anda sangat disarankan untuk mengambil vitamin B12 yang terdapat dalam suplemen semulajadi seperti B Complex Shaklee.

B Complex Shaklee sangat membantu untuk proses baikpulih dan melegakan saraf anda. Ia juga baik untuk bagus untuk mengurangkan keradangan saraf dan mengelakkan kematian saraf dan sel-sel yang terlibat.

Ini ikhtiar kita...Dan jangan pernah putus berdoa dengan penuh keyakinan kepada Allah agar diberi kesembuhan kepada kita..

Anda boleh dapatkan kedua-dua produk ini  daripada saya. Just contact nombor yang tertera ok...

Berita Baikk!!!!

Vivix tengah PROMO  tau bulan ni...So, cepat -cepat grab okeh :) berbaloi - baloi..

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger