Pages - Menu

Tahu Tak ESP Kaya Dengan Isoflavone?

Assalamualaikum dearies...

Saya suka buat research dan dapatkan seberapa banyak maklumat tentang produk - produk Shaklee terutama yang saya consume. Disebabkan research ni juga saya terbuka hati untuk consume suplement jenama Shaklee.

Saya dulu anti suplement tau! Memang tak percaya langsung. Sekarang ni dah jadi jatuh cinta pulak. Hihihi..

So, untuk kali ni saya nak share ilmu tentang ESP lagi.. Saya suka bila dapat ilmu baru, saya share kat Blog ni untuk bacaan umum. Untuk SID, ilmu sangat penting tau untuk bagi konsultasi kepada customer kita..

Tahu tak ESP ni kaya dengan ISOFLAVONE?

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone.

Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens (estrogen sintetik yang terdapat dlm pasaran) dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Dalam soya memang ada isoflavone ni. Isoflavone ni mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel - sel badan yang berbeza.

Soy-phytoestrogen mempunyai kesan anti estrogen yang mana ia membantu untuk mengecutkan fibroid.

Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.

Apakah isoflavones ?

Isoflavones merupakan struktur kimia yang sama dengan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada kelebihan estrogen.

Cara terbaik mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi daripada kacang soya dan tempe! So makanlah tempe selalu

Di dalam isoflavones, terdapat dua fitokimia iaitu Genistein dan Daidzen. Genistein banyak dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Justeru pertumbuhan sel kanser akan terbantut disebabkan kekurangan nutrisi yang disalurkan ke dalamnya.

Ia juga memusnahkan radikal bebas dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Daidzen juga boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan herba. Ia berfungsi untuk menghalang hormon penggalak atau pertumbuhan kanser dari sampai kepada sel kanser.

Semoga bermanfaat ya...Hari ni adalah hari berkenalan dengan ESP..Heee...

Jika anda memerlukan penerangan lanjut, boleh contact saya ya.

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger