Pages - Menu

Selamat Pengantin Baru My Princesss!!

Assalamualaikum dearies...

Alhamdulillah....Selamat tiba kat rumah selepas seminggu bercuti menguruskan majlis perkahwinan adik ketiga saya, Acik... Syukur segalanya berjalan dengan lancar.

Kali ni majlis yang sangat meriah walaupun penat masih terasa sampai sekarang. Mana taknya, dari pelamin, baju pengantin, meja makan damai, photobooth, PA System dan masak memasak semuanya bergotong royong.

Tapi, hati saya sangat - sangat puas. Walaupun tak sempurna seperti yang dirancang, tapi perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Semuanya hasil daripada air tangan bonda, ayahanda dan adik beradik..Ada juga yang diluar pengetahuan pengantin..hihihi...Ni namanya komplot anak beranak antara kak long dengan Mak. Overall memang sangat puas hati.

Lega sangat bila semua dah setle. Berbaloi sangat rasa bila cuti awal semata - mata nak tolong Mak arrange kan majlis. Memang patut pun cuti awal. Akhirnya segalanya setle pada hari bersejarah tu. Janji pengantin dan mak puas hati, tu pun dah cukup untuk saya. Senyum meleret bonda bila apa yang diinginkan tercapai terutama bab pelamin dan bunga telur.

Alhamdulillah...berjaya make up kan pengantin a.k.a adik sendiri tuh untuk nikah...bagi saya satu kejayaan sangat2 tu. Mana la k.long dia ni pandai nak ber make up bagai tuh..Dek kerana si adik duk request memacam, 2 bulan duk tengok youtube belajar cara solek. Orang lain tak puas hati Xpe...Janji cik perantin berpuas hati..Heeee..Alhamdulillah...

So, kat sini saya nak bagi ucapan sepatah dua kata sikit ya...:-)

Selamat pengantin baru buat adik tersayang...@sitinabillahmohamad dan pasangan Mohd Hakimi.

Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan...terima kasih kepada semua yang terlibat menjadikan majlis semeriahnya...

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan orang2 kampung yang bertungkus lumus memasak hidangan yang superb. Yang bersusah payah dari sebelum majlis hingga lah selepas majlis.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli keluarga yang jauh, yang sudi datang melengkapkan majlis. Kehadiran kalian amat bermakna.

Terima kasih kepada cikgu dan juga penari zapin mersing...tarian kalian menambahkan lagi seri majlis...:-)

Terima kasih ahli keluarga pihak lelaki yang sudi.bertandang dari jauh. Ampun dan maaf jika ada kekurangan sepanjang majlis.

Kepada Sham (photographer) thanks for the picture..Akak berpuas hati sangat. Tak sesia adik akak hire awak. Tq for the lovely picture.

Terima kasih kepada Mak Andam yang gojes, Kak Ezy...Solekan u buat adik i nampak lagi cantik berseri :-)

Terima kasih kepada DJ jemputan a.k.a incik suami kerana menjadi penghibur halwa telinga sepanjang majlis.

Terima kasih kepada semua...Terima kasih yang tak terhingga..

Sekian sahaja ucapan dari kakak pengantin..meh menjamu mata dengan gambar- gambar kenangan ni..

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger