Pages - Menu

Jom Berkenalan Dengan Diet Atkins

Assalamualaikum dearies...

Wah...Bersemangat waja harini. Terasa macam orang baru je sebab hari ni first day start Diet Atkins ni.. Terjebak dengan Diet Atkins ni sebAb Gynae suruh saya turunkan berat badan if nak pregnant. Agak malu ok nak mengaku.. namun hakikatnya perlu diterima. Tak pe...ni pun salah satu usaha kita jugak kan?

Actually, dulu saya menentang sekeras - kerasnya Diet Atkins ni. Masa tu first time dengar tentang Diet Atkins kat Kursus Induksi AO tahun lepas. Dan mentah - mentah saya tentang ok! Masa tu saya rasa Diet Atkins ni menyeksakan dan mengurangkan zat dalam badan.

Terbuka hati atas cabaran incik suami, saya still tak terima bulat - bulat. Degil la katakan. So, saya buat research sebanyak yang boleh sebelum start. Alhamdulillah.. Ramai yang berkongsi pasal Diet Atkins ni...Macam - macam resepi untuk Atkiners pun ada tau...So, takde la susah hati nak start dan teruskan dengan Diet Atkins ni..Doakan saya berjaya nak habiskan hari ni dengan Diet Atkins ni tau..

Untuk yang nak buat Diet Atkins tapi masih ragu - ragu, meh baca sharing nih...Tq ya mereka yang berkongsi...

APA ITU DIET ATKINS?

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Kat luar sana, ramai yang tidak percaya dengan keberkesanan diet atkins. Tapi insyaallah, nik akan cuba buktikan.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1)Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan - (Had Carbo 20 gram sehari)

2)Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan ) - ( Tambah jumlah karbohidrate kepada 5 gram - 10 gram dari fasa induction )

3)Pre-maintenance - (try buat pre maintenance sebulan, sampai dapat berat ideal, sambil top up jumlah carbo 5 gram - 10 gram dari fasa kedua)

4)Lifetime Maintenance - ( Tambah 50 gram- 90 gram carbo sehari )

Ni yang mula -  mula saya cuba fahamkan.. apa itu Diet Atkins, apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan. Yang bestnye saya ada personal trainer...hehehe..

Jadi, yang nak start Diet Atkins tu cari gali ilmu terlebih dulu. Boleh juga follow Kelab Diet Atkins Malaysia kat FB.sangat banyak info tau. Resepi pun banyak yang diaorang share kat situ.

Selamat ber"Atkins" :-)

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger