Pages - Menu

Diet Atkins Fasa 1 : Induction

Assalamualaikum dearies...

Sebenarnya kan, selain dapat share dengan anda semua kat Blog ni bagi mereka yang membaca, saya pun simpan ni untuk kegunaan saya. Mana la tau tetiba terlupa ke apa kan..So, blog adalah peti simpanan terbaik...Heee..

Bagi yang nak buat Diet Atkins ni pastikan anda semua patuhi amaran ni tau!

Pesakit buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)

Meh kita start dengan penerangan berkenaan fasa 1. Fasa ni sangat penting sebab masa ni la berat akan turun dengan banyak.

Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)
Induction berlangsung selama 2 minggu(PALING SINGKAT). Tapi kalau berat badan korang terlalu berat dan obes ataupun lambat menyusut korang boleh kekalkan/tambah jangka masa Induction(20g carbs) selama 2-6 bulan ke atas dengan selamat.

Makan yang Dilarang semasa Induction

» Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.

» Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

» Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

» Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan

» Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

» Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.

» Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)

» Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.

» Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)

» Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

» Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

» Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

» Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.

» Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

Makanan yang boleh dimakan.

» Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.

» Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.

» Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)

» Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.

» Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.

» Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.

»'Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

» Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohidrat)

» Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

» Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

» Minyak masak, olive oil & sebagainya.

» Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.

» Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

    

Syarat-syarat semasa Induction
       
1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting)
       
2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
       
3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
       
4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
       
5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
       
6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
       
7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
       
8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
       
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
       
10. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

"Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."

Macam dalam syarat Induction kat atas, kena minum banyak air. Kalau boleh untuk setiap 25kg berat kita, 1 liter kena habiskan. So, kalau berat korang 75kg, kena minum 3 liter lah.  Dalam  diet atkins ni, kita minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan air sebanyak mungkin di dalam badan kita. 

Mesti korang tertanya-tanya macam mana kan?

"Bila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas."

Kenapa tak boleh makan buah-buahan?

Buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula ni akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar dan sentiasa lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan

"Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu."

Kat bawah ni kan contoh Breakfast dan Lunch serta Dinner yang boleh diamalkan untuk beginner Diet Atkins macam saya ni. Tapi sebenarnya menu - menu boleh dipelbagaikan supaya tak bosan.

Yang pastinya kandungan carb harian yang kita ambil tak melebihi 20g. So, pepandai la kan.  Jangka sesekali sentuh makanan yang tinggi karbohidrat. Kalau tak, sedia Diet Atkins anda.

Contoh sarapan / Breakfast

    Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
    Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
    Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
    Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

    Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
    Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
    Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
    Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
    Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Macam - macam resepi untuk fasa induction ni. Rajin - rajin google dan juga mencuba...

Semoga bermanfaat :-)

2 comments:
  1. salam nak tny kalau makan oat drpd dara angggun for breakfast leh tak? biasa saya selang sehari makan tu.. sy baru nak start diet atkins ni hehe

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger