Pages - Menu

Atasi Masalah Dalaman Wanita - Kentut Vagina Dengan Shaklee

Assalamualaikum dearies...

Nak bagitau ke tak nak? Dah lama menyimpan entry kat kepala. Nak share dengan semua,tapi rasa malu pulak. Malam ni, tak kira...Saya nak bantu kaum wanita lebih sihat dan cantik luar dalam.

Sejujurnya, entry malam ni agak sensitif. Tapi wanita, kalian wajib tahu. Baca dan hadamkan sepenuhnya sebab ia mampu mengubah rumahtangga kita.

Sejak akhir-akhir ini, saya mendapati ramai kaum ibu yang mengutarakan persoalan tentang Kentut Vagina.

Kentut Vagina?

Bagi mereka yang belum pernah mengalaminya, mungkin anda akan memikirkan bahawa perkara ini adalah suatu yang remeh sahaja. Tetapi, bagi wanita (biasanya yang sudah berkahwin dan melahirkan anak), masalah ini pastinya pernah menimpa anda. Hanya ketika ianya berlaku, barulah anda risau dan cuba mencari Cara Mengatasi Masalah Kentut Vagina ini.

Saya suka sekali untuk berkongsi dengan anda di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya penyebab dan punca kentut vagina ini serta cara untuk mengatasinya. Malu sungguh jika ianya berlaku terutamanya apabila suami sedang berada berhampiran anda bukan? Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Apakah Sebenarnya Kentut Vagina ini?

Kentut Vagina atau kentut faraj (Vaginal Flatulence) ini merupakan satu keadaan di mana alat kemaluan wanita atau faraj mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut.

Kentut vagina ini selalunya berlaku akibat udara yang terperangkap di dalam faraj. Angin atau udara dalam faraj adalah udara dari sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini biasanya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau seks. Ia juga lazimnya menjadi masalah kepada wanita yang sudah menopaus.

Apa Punca Berlakunya Kentut Vagina?

Dari segi saintifik vagina adalah satu tiub berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Biasanya angin akan masuk melalui kelopak besar labia (labia majora) jika rahim anda dikatakan longgar. Dalam keadaan biasa angin tidak boleh masuk melalui sini.

Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan. Yang bab sengkak tu tak berani nak komen lebih sebab tidak pasti dari segi perubatan dibolehkan atau digalakkan atau tidak.

Bila kita faham yang vagina adalah satu tiub berotot, jadi secara lojiknya jika ia sudah mula kendur, banyak masalah yang akan berlaku seperti vagina yang boleh dimasuki angin yang akan menghasilkan keadaan seperti kentut.

Masalah lain bagi rahim longgar adalah kencing tidak lawas. Sebab itulah sebagai wanita kita digalakkan berdehem semasa membuang air kecil untuk membolehkan saki baki air kencing dapat keluar dengan sepenuhnya.

Kentut vagina juga boleh disebabkan otot-otot yang lemah di sekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Kentut vagina tidak berbau seperti kentut dubur. Tetapi, jika kentut vagina itu berbau, kemungkinan besar berlakunya jangkitan mikroorganisma yang menyebabkan ianya berbau.

Hukum dan Implikasi Kentut Vagina

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,
عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

SUMBER

Bagaimana mengatasi Masalah Kentut Vagina?

1) Mengamalkan senaman Kegel. Ia juga dikenali sebagai senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit.

2) Sentiasa memastikan alat sulit bersih.
- Cuci dan bersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab.
- Amalkan juga pemakaian pantyliner.
- Menjaga kebersihan alat sulit akan dapat membantu mengelakkan jangkitan mikroorganisma.

3) Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar dan masih mampu membenarkan udara keluar masuk.

4) Gunakan pencuci alat sulit wanita yang sesuai. Disarankan untuk menggunakan air rebusan daun sireh kerana khasiat sireh yang turun temurun terbukti mengatasi masalah kentut vagina.

5) Tempoh 100 hari selepas bersalin adalah tempoh yang sebaiknya suami isteri melakukan hubungan intim selepas habis berpantang. Suami dan isteri perlu sepakat. Tempoh ini akan membantu mengatasi masalah faraj longgar.

Supplemen untuk Masalah Faraj Longgar / Mengetatkan faraj

Jika anda tercari-cari supplemen yang selamat dan semulajadi untuk diamalkan sebagai cara untuk mengatasi masalah faraj longgar,  sangat di sarankan untuk mengambil produk Shaklee iaitu :

1) Alfalfa : Raja tumbuhan dan bertindak sebagai kacip fatimah (perapat). Ia adalah sejenis herba yang dapat membantu mengetatkan faraj, menghilangkan masalah keputihan, bertindak sebagai anti-bau pada alat sulit dan membantu menghangatkan hubungan suami isteri.

Sebagai wanita yang ingin menjaga dalaman anda, anda WAJIB mempunyai alfalfa.

2) GLA : GLA Shaklee ini adalah sangat terbaik untuk wanita kerana ia membantu menstabilkan hormon, melawaskan pengeluaran darah nifas, pelincir penggalak semasa hubungan intim dan juga membantu mendapatkan kulit yang cantik.

3) Vitamin E Complex : Vitamin E Complex Shaklee ni sangat membantu untuk menstabilkan hormon seks / kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin(hormim menyusu) y tinggi. Ia juga membantu isteri lebih bertenaga,lebih mudah terangsang dan libido yang lebih kuat.

Masih belum terlambat tau untuk mengatasi kentut vagina ni. Saya faham jika anda rasa sangat malu dengan inciden ni...Lebih - lebih lg dengan incik suami.seolah-olah ia menjadi penamat segala cerita.

Izinkan saya membantu anda. Boleh contact saya untuk maklumat lanjut tau.

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger