Pages - Menu

Review Hotel Leverage, Mergong, Kedah

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah...Petang ni saya bersiaran dari Masjid UPM,tempat menimba ilmu selama 4 tahun. Tempat yang banyak mengejar erti sebuah kehidupan, persahabatan dan mengejar cita-cita.

Alhamdulillah...sempat Solat Asar sementara menunggu kedatangan incik suami. Maaf,  semalam tak sempat  nak update blog dek kerana keletihan yang amat.

Terima kasih incik suami yang cukup memahami. So, malam tadi dinner kat luar :)..

Sebenarnya saya nak review one of hotel kat Kedah ni, in case ada diantara readers yang ke sana tapi tak tahu hotel mana nak singgah.

Semalam, sehari setengah berada di Kedah untuk sesi lawatan ke kawasan padi organic SRI LOVELY di Kg Lintang, Belantek, Sik, Kedah.

Saya tak kisah sangat bab hotel ni. Means, tak la memilih mana if travel bersendirian dan untuk jangkamasa yang singkat macam 2@3 hari tu.

So, kali ni nak cuba hotel murah sikit. Hotel Leverage yang terletak kat Mergong, Kedah. Hotel nya boleh tahan walaupun agak sempit sikit. Tapi katilnya sangat besar ok. Saya ambil Bilik Superior King dengan harga government rate RM108.00/Malam.

Overall semuanya berpuas hati. Cuma, iron perlu kat luar bilik dan breakfast tak disediakan. Tapi, kat dalam bilik ada Maggie cup dan Nescafe 3 in 1 yang mahal tu. Jarang hotel sediakan camtu.

Lengkap dengan hair dryer tau. Tapi saya tau guna la. Nanti rambut rosak...Hihihi...Bilik air dia terbaik. Tak la sebesar macam hotel yang saya pernah pergi tapi cantik dan selesa.  Air pancuran dia pun sangat best. Laju je. Puas mandi kata mak saya.  :)

Highly recommended untuk stay 1@2 Malam kat sini. Waktu tengahari sampai malam memang banyak kedai makan. So, tak perlu risau ok. Cuma diawal pagi hanya 2,3 gerai kecik je untuk  sarapan pagi.

Till then, gud luck! :-)

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger