Pages - Menu

Anda Dalam Kesempitan Hidup? Lakukan Ini dan Rasai Perbezaannya

Assalammualaikum semua...

Tadi...terjumpa article ni...Rasa bersalah if tak share. Untuk peringatan diri saya sebenarnya. Sebab blog ni kan tempat saya mengumpul semua kata - kata semangat, motivasi, ilmiah, bisnes, Kebaikan produk Shaklee dan macam-macam lagi tau....

So, jemput baca sampai habis tau. Saya copy terus dari editor...takde sebarang edit dibuat.

Nota Editor: Catatan ini asalnya diterbitkan oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, pakar bidang Al-Quran yang membantu memastikan masyarakat baca Al-Quran dengan kualiti yang Rasulullah sukai melalui tekniknya yang simple di www.tigaseminar.com

Rezeki ada di mana – mana.

Jika anda rasa kehidupan ini tersangat perit untuk dihadapi, apa kata baca kisah anak muda yang perniagaannya tidak maju – maju ini. Dia selalu amalkan solat dhuha tetapi tiada apa pun yang berubah. Apa kata ustaz ?

masalah

HAKIKAT REZEKI DALAM SOLAT DHUHA :

Seseorang berdiskusi dengan saya, ‘Ustaz, mengapa saya kerap solat Dhuha tetapi rezeki perniagaan macam biasa je, tak naik pun?’

Saya tidak terus menjawabnya. Saya memerhatikan anak muda ini dari atas ke bawah. Benar apa yang dipercayainya. Ada banyak hadith yang menjelaskan solat dhuha umpama ‘magnet’ penarik rezeki.

Cuma, dia sedang bergelut dengan problem sama yang pernah saya alami dahulu. Sebelum ini, saya banyak mengaitkan konsep rezeki yang diinginkan melalui solat dhuha dalam bentuk material.
Kerana itu ketika berdoa, saya banyak fokuskan hajat terkini : rezeki wang banyak, projek menjadi, untung besar dlm bisnes, beli kereta baru, rumah baru. Anda tambah sahaja senarainya yang takkan habis-habis itu.

Semuanya material.

Tetapi Allah s.w.t lebih Maha Tahu apa keperluan terbaik untuk kita. Jarang Dia kabulkan niat ‘rezeki material’ saya itu. Adalah dua-tiga tapi tidak semua. Apabila ia berlaku, mulalah syaitan menyucuk jarum. Saya mula fikir Allah ‘buat tak tahu’ dengan doa saya.
Alih-alihnya saya berprasangka, ‘buat letih je solat dhuha…tak mujarab sangat pun sebab rezeki tahap tu juga….

Dari bersungguh solat awal pagi, akhirnya solat dhuha dilakukan sesekali. Nampaknya syaitan telah menang. Menang besar, sebab saya dah malas nak ‘connect’ dengan Tuhan.
Sedih kan, cepat sangat kita kalah dengan setan.

Tetapi, Tuhan masih ‘memandang’ saya ketika itu. Dia datangkan ilham & kesedaran untuk memperbetulkan semula apakah maksud rezeki yang dijanjikan dalam amalan solat dhuha.
Kefahaman baru ini benar-benar menyegarkan. Ia menjadikan saya lebih bersemangat kekalkan solat dhuha, tidak kiralah rezekinya banyak atau ciput.

Saya kongsikannya kepada si penyoal : ‘sebenarnya, rezeki yang dimaksudkan dalam amalan solat dhuha tidak terbatas kepada material. Ada banyak rezeki yg Tuhan bagi setiap hari, F.O.C (free of charge) di mana ia sebenarnya jauh lebih besar nilainya dari kereta mewah yang kita idamkan.

Lihat rezeki kesihatan yang Tuhan kekalkan. Bukankah ia priceless? kalau tak percaya, tanyalah mereka yang ditimpa kemalangan atau sakit kronik. Tuhan sahaja yang tahu ongkosnya. Contohnya sakit belakang saya sekarang. Bila dah jadi begini, baru saya tahu nikmat main bola. Nikmat jogging. Nikmat sujud dalam solat (sbb la ni masih belum boleh membongkok).
Nasib baik Tuhan tarik sementara kerana Dia masih sudi lagi kongsikan penyembuhnya.

Si penyoal terdiam.

Saya teruskan bicara, ‘Lihat pula rezeki anak. Rezeki ada isteri. Rezeki ada ibu-bapa. Semua ini amaaaaat priceless. Kebahagiaan yang mereka kongsikan dalam hidup kita takkan ternilai. Cukup anak kita lewat pulang ke rumah, pening kepala, tak tidur malam kita dibuatnya….’

Tapi rezeki terbesar adalah kita masih beragama islam. Masih ada iman. Masih nak solat, masih nak baca Quran. Itu yg paling utama utk dihargai, sebab selagi semua ini ada, peluang kita utk mengecap ‘bapa rezeki’ – masuk syurga terbuka luas….’

Apapun, saya tutup pandangan saya dengan poin ini : solatlah dhuha dengan pemikiran BERTERIMA KASIH, bukan meminta, sebab Tuhan already bagi berjuta rezeki kpd kita tanpa diminta sedikitpun.

Fokuskan solat dhuha dengan minda syukur bukannya ‘asking’. Anda akan diberi Tuhan segala yang diimpikan without asking pun sebab, Tuhan tahu semua dalam hati kita. Dia ‘can read our mind’.
Dirikan solat dhuha dengan mentaliti syukur. Hidup anda akan lebih ‘beautiful’.

Tentang rezeki spesifik kita yang senarainya berjela-jela itu, jangan risau. Tahulah Dia aturkan ‘big surprise’ kepada kita.
Just, kekalkan ‘connection’ solat dhuha denganNya.
Percayalah.

Us. Asraff Ayobb
Lepas doa solat dhuha, jangan terus bangun. Bacalah sedikit zikir, istighfar, selawat dan Al-Quran. Baru Tuhan lebih ‘happy’ & redhoi.

Semoga bermanfaat untuk semua...Terasa best sharing kali ni. Sangat best..Amalkan tau.

Saya suka waktu Dhuha...Dirikan Solat Sunat Dhuha 2 rakaat,  Cuba lihat hidup kita berubah....In shaa Allah....yang penting konsisten...Jangan tinggal... ;)

Till then, lots of love,
Nur Insyirah
Shaklee Independent Distributor
914377

2 comments:
  1. salam..betul rzeki ada di mana-mana... Rezki Allah tu luas kan...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam...Betul...Sokong sgt..:) sama2 kita konsisten amalkan...DAN yakin...rezeki Allah tu Lucas :-)

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger