Pages - Menu

8 Tabiat Buruk Yang Mesti Dijauhi Jika Anda Ingin Hamil

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah....sedang menunggu incik suami untuk balik rumah. Esok cuti Krismas kan? Kat opis ni, dah ramai yang start bercuti dan.sambung cuti sampai tahun baru.

Tapi disebabkan kami baru je balik bercuti, makanya cuti kali ni berehat dirumah  je dulu. Home sweet home!:)

Masa saya berblogwalking hari isnin lepas, saya terjumpa satu entry dari blog hafezzahruddin.com tentang kehamilan.  Nak share dengan semua biar jadi panduan bersama ok?

Gaya hidup boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang. Ada beberapa tabiat buruk yang perlu dihindari jika anda ingin subur dan hamil.

8 tabiat buruk tersebut ialah:

1. Tak cukup tidur akibat berjaga malam.

Kajian telah menunjukkan kekurangan tidur boleh menyebabkan haid tidak teratur. Haid yang tidak teratur pula salah satu simptom kurang subur.

Terdapat beberapa kajian di negara-negara barat yang mendapati peningkatan keguguran di kalangan wanita yang bekerja shift malam dalam satu jangka yang panjang tanpa rehat yang mencukupi.

Kurang tidur juga menyumbang kepada masalah berat badan yang berlebihan. Hanya sedikit gemuk sahaja sudah boleh mengganggu kesuburan wanita. Lelaki yang terlalu gemuk pula menghadapi masalah masalah penghasilan sperma yang tidak sihat.

2. Minum terlalu banyak minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman bergas.

Kajian menunjukkan pengambilan melebihi 300mg kafein dalam sehari boleh menurunkan tahap kesuburan wanita dan menyebabkan keguguran bagi yang hamil.

3. Bersenam terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Semua orang tahu bersenam baik untuk hati, paru-paru dan sistem imun. Ia juga membantu kita mengawal berat badan. Jika badan sihat, sistem reproduktif pun akan sihat.

Akan tetapi, kalau terlalu banyak bersenam pun tak elok untuk kesuburan seseorang wanita. Gaya hidup yang terlalu aktif tanpa rehat yang cukup akan mengganggu keseimbangan hormon badan.

Disebabkan ini, ramai atlet-atlet wanita yang mengalami masalah sukar untuk mendapat zuriat ketika musim pertandingan.

Bagi mereka yang ingin hamil, bersenam selama 20 minit setiap hari sudah memadai.

4. Terlalu banyak makan, dan sukakan makanan ringan.

Lebih berat badan atau obesiti menurunkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Tambahan lagi, terlalu banyak makan makanan ringan akan menyebabkan paras gula dalam darah naik.

Terdapat kaitan di antara paras insulin dalam badan dan kesuburan. Memakan banyak snek mungkin akan mengganggu peluang untuk hamil.

5. Suka bertangguh.

Semakin lama anda bertangguh untuk dapatkan anak, semakin sukar peluang untuk hamil.

Tahap kesuburan wanita mula menurun bermula umur 27 tahun dan bagi lelaki, tahap kesuburan mula goyah bila mencecah 40 tahun.

6. Terlalu banyak minuman beralkohol.

Satu kajian di barat mendapati lelaki alkoholik mempunyai kualiti air mani yang sangat rendah, manakala wanita alkoholik pula mengambil masa yang panjang untuk hamil.

Paras alkohol yang tinggi di dalam darah menggangu kesihatan sel-sel badan seterusnya mengganggu penghasilan sel sperma dan ovum yang sihat.

7. Merokok

Tabiat merokok mengganggu kesuburan kedua-dua lelaki dan wanita.

Wanita perokok biasanya mengalami masalah pada tiub falopio. Risiko untuk "kelahiran ektopik" adalah tinggi. Merokok juga meningkatkan risiko kanser serviks dan kerosakan ovum.

Bagi lelaki, merokok, merosakkan kualiti air mani. Sperma yang dihasilkan adalah kurang, cacat atau lemah dan ini sudah tentu menurunkan peluang untuk isteri hamil.

8. Seks bebas.

Seks bebas meningkatkan risiko penyakit kelamin, yang merupakan punca utama seseorang itu tidak subur. Chlamydia dan Gonorrhea menyebabkan tiub fallopio tersumbat. Syphilis  dan herpes pula boleh menyebabkan keguguran.

Copyright © 2014 Hafez the Great |

Kepada anda yang dah lama inginkan zuriat, tetapi masih lagi tidak berlubang untuk memperolehinya, cuba check 8 Perkara diatas.

Jika ada salah satu pun tabiat yang tak elok tu, dah sampai masanya kita berubah Jika betul-betul nakkan zuriat ya.

Tapi perlu ingat, ni adalah sebahagian dari usaha kita. Yang penting doa, doa dan terus berdoa semoga Allah dipermudahkan segalanya.

Untuk tampung kekurangan nutrient dalam badan kita ni, saya suggestkan untuk consume Set Kesuburan Shaklee. In shaa Allah...Jika diizinkan Allah, impian untuk memiliki zuriat tak mustahil.

Nak info lebih lanjut? Boleh contact saya tau...

1 comment:
  1. hmmm.. ada jugak beberapa tabiat ni.. huhu...
    masih belum ada rezeki utk tambah zuriat lg.. :')

    ReplyDelete



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger