Pages - Menu

TIPS UNTUK SUPERWOMAN DAN SUPERMOM

Assalammualaikum...

Selamat berhujung minggu semua!!! Apa plan Harini? Berehat2 bersama keluarga di rumah atau window shopping survey2 barang Sebelum gaji 2 minggu  lagi kan?

Alhamdulillah...bahagia sungguh hari-hari cuti camni.ada masa untuk berehat2 dan gunakan sepenuh masa dengan family... kalau weekdays for sure semua busy sampai kan jumpa waktu Malam bercakap sepatah dua(lebih sebenarnya....tp Xla sebanyak hari cuti kan?hehe) Pastu terus lena..
Esok sambung plak aktiviti y sama dipagi hari..  

Keletihan kan? Lebih - lebih buat wanita bergelar isteri dan Ibu...masa rehat untuk mereka memang xde...Ade je nak dibuatnye.. siap boleh multitasking. Sambil basuh baju, memasak dan jawab soalan customer di wassap.(saya la tu) 

Saya pernah menangis sebab terlampau penat. Dulu Sebelum berpindah xde la seteruk ni bekerja. Tapi Allah tu Maha Mengetahui kelemahan saya tu. Then sekarang ni dengan dlm proses adaptasi.

Nak tau Cara paling berkesan untuk elak rasa terlalu letih? Buat semua task tu dengan senyuman, dengan penuh keihlasan dan yakin...Allah buat camni sebab nak bagi ganjaran besar untuk kita..jadi, Xpe letih sekejap..bayangkan ape y kita nak, kita Dapat sebab Allah kesian Kt kita letih setiap hari untuk keluarga! Kn best tuh?

Walaupun xdapat terus masa tu, tapi semua kerja dapat diselesaikn dengan mudah je.. Semalam, masa berblogwalking, jumpa 1 blog kakak cantik yang share tentang tips supermom... Bila diteliti, mereka yang jadi SUPERWOMAN pun boleh amalkan tau!

So, tergerak hati nak share tentang tips ni..

Selamat membaca dan menghadam  :-

1- RANCANG

Setiap pekerjaan perlu ada perancangan.belajar utk merancang dengan lebih baik. Ia membuatkan tugasan-tugasan yang ingin kita laksanakan menjadi lebih tersusun. Setiap awal pagi, ambil sedikit masa untuk menulis To-Do-List pada sehelai kertas. Rangka waktu untuk menyelesaikan senarai-senarai tugasan tersebut dengan tenang.

2- JANGAN TANGGUH

Bila dah ada senarai To-Do-List, jangan buat tak tau atau buat perhiasan. Ikut waktu yang perlu dilaksanakan dan fokus untuk melakukannnya.

3- CUBA MUDAHKAN KERJA

Fikirkan cara bagaimana untuk memudahkan sesuatu tugasan atau menjadikan ia lebih pantas. Multitasking. Contohnya, anda mungkin boleh memasak sambil membasuh pakaian dengan mesin basuh. Satu masa dengan melakukan banyak tugasan. Ni yang saya suka buat...Hihihi

4- KEUTAMAAN

Beri perhatian atau selesaikan tugasan yang penting dahulu. Contoh, antara memasak dan lipat baju. Jika anda lipat baju dahulu, jam berapa baru dapat siapkan makanan? Pastinya anda akan jadi kelam-kabut jika anak-anak dan suami sudah menunggu di meja makan dengan perut yang sedang berkeroncong. Maknanya, siapkan yang utama dahulu. Masak dahulu kemudian barulah melipat pakaian.

5- KAWAL STRES

Stres dengan kerja, stress dengan perangai anak2 atau suami dan pelbagai lagi. Cara untuk mengawalnya ialah jangan layan. Cuba tenangkan diri dan fikir perkara yang positif. Contohnya, balik dari kerja dah lah letih lepas tu tenguk rumah berselerak dikerjakan anak-anak. Kita jadi tension, marah2 dan membebel. Serabut rasa kepala otak. Betul tak? hihi. Sampaikan nak masak pun marah2.

Jangan buat perangai begitu! Abaikan dahulu pemandangan ‘serabut’ itu, bersihkan diri, pergi solat dan lepas tu tenangkan diri minum air sejuk performance drink ke. Kemudian pergi masak sambil zikir, dah siap bagi anak2 makan kenyang. Kemudian, barulah boleh mengemas dengan tenang dan sabar.

6- JAGA KESIHATAN

Sihat ialah perkara paling penting! Jika kita jatuh sakit atau lemah, mana boleh nak uruskan rumah tangga dan anak-anak dengan baik. Justeru, pastikan ambil makanan yang seimbang dan juga ambil suplemen tambahan yang dapat memberi tenaga terhadap tubuh badan setiap hari. Saya ambil vitamin shaklee (Vita C, Alfalfa, minyak ikan Omega guard, GLA & ESP protein). Ni cara saya nak sihat dan cantik dari dalam

7- BERKONGSI

Meluahkan ialah salah satu cara wanita melepaskan rasa tertekan. Ia membuatkan anda rasa lebih lega dan tenang. Cubalah cari seseorang yang dipercayai untuk meluahkan stres yang sedang ditanggung. Dapatkan juga kata-kata semangat dan nasihat daripada mereka. Kalau saya, saya suka baca buku2 motivasi, kata2 semangat dan mendengar majlis2 ilmu supaya rasa lebih tenang dalam menguruskan tugasan-tugasan seharian.

8-FIKIR POSITIF

Berfikir sesuatu perkara yang baik-baik mampu mengubah hari anda. Percayalah! Jangan selalu anggap bahawa kerja2 rumah ni sebagai beban. Fikir positif. Contohnya, bila sedang mengemas rumah, fikirkan ganjaran pahala yang Allah akan berikan dan fikir sambil kemas tu macam senaman bakar lemak dan kalori jugak.

Ketika menghadapi kerenah anak yang meragam, fikirkan harta dunia akhirat yang di miliki adalah amanah Allah sebagai penambah amal dan pahala. Fikir berapa ramai lagi yang tiada anak. Bersyukurlah

9- BERDOA

Jangan pernah putus asa untuk mengadu, merintih dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan tanggungjawab yang sedang galas. Yakin bahawa Allah mendengar doa anda dan Dia pasti memberi hati anda sebuah ketenangan dan kekuatan untuk melalui semuanya.
Cuba amalkan BAD ( Bertanya Allah Dulu dlm stp urusan yang kita wat. Bermonolog dengan Allah dulu..Dia suka sangat hambaNya merintih dan mengadu.

Mengutamakan pandangan Allah Dlm setiap urusan.

10-BERZIKIR

Berzikirlah memuji Allah sepanjang masa. Anda akan lihat keajaibannya terhadap kehidupan seharian anda. Amalkan zikir Fatimah, “Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar”, lazimi lidah dengan istigfar, selawat dan nama2 Allah dalam Asmahul usna. Insya-Allah, kita akan rasa tenang, happy dan puas hati setiap kali menyelesaikan sesuatu kerja, malah akan rasa lebih bertenaga.


Tu perkongsian dari blog kakak cantik tu. Ade yang memang ayat asal dan ade y sy dh tambah dengan contoh sendiri :) kire pengalaman sdri la..

Mudah2n memberi manfaat untuk semua ya! Tq kakak cantik dengan sharing best ni :)

Shaklee Independent Distributor
914377

FB : Nur Insyirah

Email: eida_102@yahoo.com

Sms/Call/WhatsApp: 019-7262102

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger