Pages - Menu

Tazkirah Jumaat :: Istiqamah Dalam Perubahan Sikap

Assalammualaikum semua..

Salam jumaat penuh barakah dan penuh ketenangan di petang yang hening dengan hujan yang turun membasahi bumi Allah...Jom submit doa cepat2..:)

Alhamdulillah...pagi tadi berpeluang berada dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh jabatan. Rasa lain sangat! Dah lama tak duduk dalam majlis ilmu camni sejak bertukar kerja. Harini Allah bagi rezeki dengar majlis ilmu ni...

Tajuk yang dibincangkan Harini tentang istiqamah dalam perubahan sikap.

Perasan tak bila kita buat salah, kita menyesal sangat! Tapi lepas tu kita akan ulang balik kesalahan yang sama. Lepas tu kita menyesal lagi...berulang - ulang terjadi sampai  mungkin pernah terdetik..Bila Aku nak tinggalkan benda2 camni???

Sebab tu perlu nya kita berhijrah. Sebut hijrah sangat mudah. Tapi untuk kekal dalam hijrah yang kita buat amat payah. Sebab tu ramai yang kecundang. Peringatan untuk saya juga. Memang terkena batang hidung tau!

Perbaiki dan.jaga hubungan dengan Allah sebab bila kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita dalam istilah memberi rezeki dari Farah yang tak sangka- sangka. Perlu ingat juga, rezeki Bukan semata-mata duit tau! Hati yang tenang pun adalah rezeki.

Dan Jangan risau untuk berubah Ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan keredhaan Allah sebab orang yang berubah semata2 mencari keredhaan Allah xkan dibiarkan terumbang - sambung sendirian.

Cara untuk istiqamah :-

1) sentiasa membaca dan mendengar bacaan ayat-ayat suci Al- quran

2) amalkan solat tahajjud dan mohon kepada Allah agar ditetapkan hati kita untuk kekal dlm hijrah@perubahan tu.

Satu lagi ilmu tambahan yang perolehi daripada FB iaitu Bertanya Allah Dulu (BAD) dalam ape juga yang kita nak buat. Dalam keadaan kita buntu. Tak tahu nak buat keputusan.

Bermonolog dengan Allah. Sambil merayu dan merintih memohon pertolongan Dia. Yakin sepenuhnya Allah akan makbulkan setiap permintaan kita.

Bergantung sebenarnya dengan Allah..Bukan dengan makhluk. Tu kunci istiqamah dalam sikap.

Berusaha untuk berubah Ke arah yang lebih baik..

Shaklee Independent Distributor
914377

FB : Nur Insyirah

Email : eida_102@yahoo.com

Sms/Call/WhatsApp : 019-7262102

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger