Pages - Menu

HIJRAH - Rahsia Kejayaan

Assalammualaikum semua...

Happy Monday!!! Ada yang masih Monday Blues dipagi hari yang indah ni? Harapannya tak la macam tu.

Cuba kita ubah mindset kita bermula seawal membuka mata setiap pagi... sedikit tips untuk bangun pagi dengan penuh rasa semangat dan kecergasan untuk melaksanakan tanggungjawab seharian...

1) Senyum dan ucap syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana telah memberi kita rezeki masih bernafas setiap hari apabila bangun pagi...

2) Syukur kerana masih ada suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik disisi setiap hari.

3) Niat untuk tunaikan tugas harian untuk mencari redha Allah.

Alhamdulillah...hari ni diberi rezeki oleh Allah untuk mendengar dan melihat rancangan Salam Muslim di Astro Oasis..Tajuk yang dikupas sangat menarik. Tentang HIJRAH untuk menggapai redha Allah dalam mendapatkan kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Ada dua insan yang ditemuramah. Kedua-duanya memberikan tips kejayaan dalam kehidupan harian. Yang sangat-sangat membuatkan saya terpegun, kedua-duanya mencari rezeki dengan BERNIAGA..

Sangat besar hikmah yang Allah berikan untuk mereka yang betul-betul mendahulukan Allah dalam semua perkara.  Bila hubungan dengan Allah dijaga, Allah akan menjaga kita dari semua perkara...

Key utama kejayaan mereka adalah HIJRAH. Sentiasa berusaha mencari redha Allah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan....

Yang sangat menarik perhatian saya adalah kisah seorang wanita yang telah kehilangan suami. Arwah suaminya merupakan saudara baru tetapi ketekunan dan kerajinan menuntut ilmu agama tidak pernah pudar walaupun disahkan Alzheimer.

Mereka berdua sentiasa bersama pergi menimba ilmu...dalam keadaan yang sakit. Si isteri sangat setia dan rajin. Selain menimba ilmu,menjaga suami, beliau juga berniaga.

Apa yang sangat terkesan dihati melihat wanita ini adalah kesantunan dan sikap menghormati dan mengutamakan suami walaupun pada masa tu pelanggan datang untuk membeli pakaian. Sentiasa meminta izin suami walaupun dalam kekalutan dan so suami sentiasa mengangguk tanda membenarkan.

Setelah kematian suami, beliau meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Menimba ilmu agama, bekerja dan berbisnes. Alhamdulillah...kerana menjaga suami dengan baik, menghormati suami, Allah memberi rezeki yang melimpah ruah dalam bisnes beliau. Pelanggan yang tak.pernah putus.

Kisah yang kedua adalah seorang businessman kelapa sawit. Antara tips yang dikongsi dengan kejayaan beliau sekarang ialah :-

1) Niat - niat ikhlas kerana Allah..menghasilkan keredhaan Allah dalam tugas dan tanggungjawab harian kita

2) Amanah - melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

3) Rajin - usaha, usaha,usaha selagi terdaya dan jangan  pernah putus asa

4) Solat Dhuha - Jangan tinggal setiap hari. Sentiasa berdoa...Dan berdoa..

5) Solat Tahajjud - usaha untuk bangun malam dan tunaikan solat tahajjud...Ida Dan terus berdoa.

Alhamdulillah...seronok dapat berkongsi dengan semua. Semoga ia memberi sedikit ilmu dan diamalkan oleh kita semua..



No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger