Pages - Menu

Aidilfitri Pertama Setelah Bergelar Zaujah

Assalammualaikum semua...

Harini dah 7 Syawal kan? Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin dari saya Dan suami untuk semua...rasanya masih tak terlambat lagi kan?

Tahun ni adalah tahun 1st beraya sebagai seorang isteri..jujur saya nak mengaku Ni....tahun ni agak kelam kabut sikit persiapan untuk raya..baju raya saya sendiri pun last minit incik suami bg kain..nak xnk saya mencari jugak la tailor tangkap muat sebab tailor saya nun jauh di kampung...kalau tak memang beraya tanpa  baju raya la...hahaha

So dapatla baju sedondon dipagi raya...bising mulut suami saya tanya baju yang dia bg dah siap ke belum..hihihi...macam pelik kan,? So...tahun ni kami beraya sederhana je..tapi alhamdulillah..meriah sebab dah banyak ahli keluarga kan? Paling bahagia bila dapat bawak mak dan adik2 beraya.

2 hari sebelum raya, kami suami  isteri sempatla balik ke Endau dan berpuasa dengan mak dan adik2. Sempat bawak dieorg shopping raya. Memang pengsan bila perangai setiap sorang macam2.. nasib baik ada suami yang menyabarkan dengan kerenah adik2 ni...tapi seronok melayan sbb dah lama sgt xbalik...bila tengok muka mak senyum adik2 buli membuli mmg sgt2 bahagia...balik kali ni saya kurang dibuli sebab ada defender baik punya...tp bile die bergabung dengan adik2 membuli saya mmg rasa nak nanges tau! Petang raya tu sempat lg kami adik beradik buat agenda wajib..cari daun  kelapa untuk buat ketupat.

Raya pertama tahun ni giliran rumah mertua di Kluang..alhamdulillah..dpt femli mertua y sgt sporting tau! Syukur kerana tahun ni dah beraya berdua..tahun lepas busy dgn preparation untuk big day kami. Tahun ni boleh la beraya sakan skit...

Raya ketiga giliran rumah saya pulak...haa...beraya sampai lewat mlm kami...tp tahun ni bnyk jugak rumah yang tak sempat nak ziarah..xpe la..tengok mak dan adik2 hepi..femli mertua pun hepi dah lengkap raya kami...cumanya tahun ni beraya tanpa ayah disisi...cuma dengar suara dan bermaafan by phone call je...huhuhu..saya rindu ayah sebenarnya...Dan saya tahu...adik3 saya pon sama...

Suami saya cakap...Allah bagi rezeki yang bersesuaian dgn hambaNya....

Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin...

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger