Pages - Menu

Syukur. ...Rezeki Itu Anugerah Terindah

Assalammualaikum semua. ..

Salam Ramadhan ke 16..Pejam celik pejam celik dah hampir ke hari ke 20 kita berpuasa kan? Tahun ni terasa Ramadhan sangat singkat..dan juga banyak dugaan dengan keadaan cuaca yang panas kan? Rasanya semua kawasan di Malaysia ni macam tu..namun..alhamdulillah. ..kita semua still lagi dapat berpuasa dengan jayanya..

Harini adalah merupakan payday bagi semua SID Shaklee di seluruh Malaysia. .Kira macam hari raya jugak la bila sebulan lepas bertungkus lumus mengejar target...berkongsi dengan ramai orang untuk memberikan yang terbaik..Dengan bonus Shaklee ni macam2 impian yang dulunya nampak sangat mustahil berjaya dicapai.

Sebab tu penting percaya sebelum berjaya.

Alhamdulillah. .bulan ni merasa bonus 3 angka..utk pertama kalinya bonus kali ni saya terus transfer buat bonda tercinta.  Apa yang jadi petang tadi betul2 membuatkan saya rasa ingin menangis. Dan disebabkan itu jga saya tahu kenapa saya perlu lebih berjaya lagi dalam Shaklee.

Bonus 3 angka yang saya rasa kecil tapi mak kata dah banyak sangat dah tu. Masih terngiang2 suara hepi mak dapat merasa bonus yang saya bagi walaupun hanya sedikit. Bukan niat untuk menunjuk tapi saya nak anda semua berikan yang terbaik untuk mak ayah sebab mereka yang terlalu banyak bersusah payah untuk kita dulu..

Apa yang kita berikan setakat hari ni? Cukup ke untuk balas segala yang telah mereka korbankan untuk kita? Bahagiakan mereka selagi mereka masih ada. Jangan sia-siakan peluang yang dah ada depan mata. Allah dah tunjukkan jalan untuk kita. Tinggal kita sahaja yang berusaha dan kuat semangat melalui apa jua dugaan dan cabaran di dalamnya.

Memang tak mudah nak berjaya. Tapi tak mustahil. Kenapa ramai je orang yang boleh berjaya. Kenapa tak kita pula yang melakar kejayaan tu? ?? Tepuk dada tanya iman...kita boleh jika kita mahu. Kita boleh jika kita yakin. Kita boleh jika kita usaha sungguh2. Allah itu Maha Mengetahui. .

Ya...jangan hanya menjadi pemerhati kejayaan orang lain sampai ke akhirnya..bermula sekarang walaupun dah agak lewat...better late than never..

Rezeki itu anugerah terindah..
Hadir saat kita tak sangka ia akan berlaku...

Berlari seiringan bersama saya menuju puncak kejayaan dengan Shaklee...

Kalau bukan kita siapa lagi?

Kalau bukan sekarang bila lagi?

FB : Nur Insyirah

Email : eida_102@yahoo.com

Sms / WhatsApp / call : 019 - 7262102

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger