Tuesday, May 13, 2014

Kalau Bukan Sekarang.... Bila Lagi???

Views

Assalammualaikum semua. ..

Salam tengah malam. .Dah ramai yang menjelajah ke alam mimpi ni kan? Tapi saya masih setia dengan mata yang taknak lelap lagi buat masa ni.....So, saya decide nak berkongsi cerita dengan semua tentang mengapa saya boleh terlibat dengan Shaklee ni.

Since saya dalam tingkatan 2, ada memori luka yang menjadikan saya seorang manusia pada hari ni. Seorang manusia yang masih berusaha memperbaiki diri, kehidupan dan keluarga.  Alhamdulillah. ...kerana memori itu, saya menjadi seperti saya hari ni..

Kedukaan, kesedihan, kesengsaraan masa lalu adalah guru terbaik untuk mengajar kita erti sabar dan redha. Erti berusaha dengan sepenuhnya untuk mendapatkan sesuatu.

Saya tak suka bisnes sejak dari kecik lagi. Bagi saya bisnes hanya menyusahkan hidup saya sebab risikonya sangat besar. Nak makan apa nanti if bisnes gagal? Macam mana nak langsaikan loan yang banyak utk bina perniagaan tu? Nampak x betapa negatifnya pemikiran saya waktu itu. Betapa kolotnya saya berfikiran sebegitu.

Alhamdulillah. ...sejak jumpa Shaklee, perlahan -lahan berubah ke arah yang lebih positif. Sentiasa berfikiran positif,  bercakap perkara positif dan berfikir perkara-perkara yang positif. Diawalnya agak sukar.  Ye la kan..bila nak berubah ke arah lebih baik, macam-macam halangan yang datang. Dan pernah saya totally give up. Malas nak fikir benda2 baik sebab yang datang pada saya sebaliknya..

Itulah yang saya cuba ubah sekarang ni. Walaupun masih belum sepenuhnya tapi berusaha slow2 untuk berubah ke ar ah itu.

Bila kita berada dalam situasi yang mendesak, yang mana kita perlu dan tak boleh kata tak untuk me laksanakan nya,  masa tu akan datang kekuatan yang kita sendiri tak perasan dari mana. Yang sebenarnya bila kita dalam keadaan begitu, kita menggantungkan harapan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Agung. Saat itu Allah meniupkan ketenangan dalam hati, memberikan kekuatan, memberi 1001 idea untuk dizahirkan dan memberikan rasa yakin dengan jalan yang kita pilih. Subhanallah. .betapa saya bersyukur yang amat sangat!

Saya punya banyak sangat impian untuk diri dan keluarga. Salah satunya saya nsk beriksn kesenangan, ketenangan dan kehidupan yang terbaek untuk keluarga.

Pernah tak anda lalui satu masa bila anda dah bekerja tetapi hanya mampu bagi sejumlah wang yang sikit je untuk parents? Pernah tak bila parents suruh balik kampung kita bagi alasan sibuk sedangkan kita mengalami kekangan kewangan masa tu? Pernah bila parents kita nak kan sesuatu tetapi kita tak mampu untuk bagi? Apa perasaan kita masa tu?

Pernah x kita jadi tersangat -sangat stress bila setiap bulan gaji tak cukup hingga ke bulan gaji berikutnya? Pernah tak kita sakit kepala memikirkan untuk bayar semua hutang yang ada? Pernah tak kita terpaksa berkira dengan diri sendiri untuk membeli barang an yang kita nak sangat sebab takut bajet bulanan lari? Pernah tak kita hanya mampu bermimpi untuk dapatkan sesuatu yang kita nak?

Dunia sekarang memerlukan kita untuk menjadi lebih kuat dalam berusaha mendapatkan sesuatu. Lebih tabah untuk mengusahakan sesuatu.

Itu baru berkaitan keluarga dan diri sendiri. Macam mana dengan sedekah kita? Adakah kita sedekah duit yang paling kecil yang ada dalam dompet atau kita sedekah duit yang paling besar yang ada dalam dompet kita?

Tidak akan miskin orang yang memberi sedekah.

Inilah yang saya belajar dari Bisnes Shaklee. Yang kaya dan menjadi lebih kaya banyakkan memberi dan banyakkan sedekah.

Sungguh! Jika saya tak bermula sekarang, mungkin saya x dapat nak lalui perit getir seorang usahawan seperti sekarang. Walaupun baru setahun jagung dan masih lagi perlahan -lahan menapak dalam dunia bis ni, banyak sangat perkara yang saya belajar. Terlalu banyak. Kedukaan dan keperitan di permulaan bis ni banyak membantu diri saya untuk jadi seorang yang lebih sabar, yakin dengan rezeki Allah. .

Allah kan ada..

Kita perlu bermula sekarang. Pastikan push factor kita (sesuatu y menyebabkan kita nk berjaya) cukup kuat untuk kita.

Push Factor saya :-
♥ suami
♥ mak
♥ adik2

Nak berjaya bukan mudah tapi ia juga tak susah. Selagi kita yakin dengan rezeki Allah, kita punya harapan walaupun ia nampak terlalu mustahil untuk kita perolehi..

Percaya sebelum berjaya..

Magnet Kebahagiaan - LUA (LAW OF UNIVERSAL ATTRACTIONS)

in shaa Allah. .dengan izinNya..kita semua mampu berjaya.

Langkah pertama yang anda buat menentukan siapa anda di masa akan datang. Jangan jadikan hidup kita biasa2 sahaja. Tapi jadikan hidup kita yang biasa ni kepada luarbiasa dengan tindakan yang luarbiasa.

FB : Nur Insyirah

Email : eida_102@yahoo.com

Sms / WhatsApp / call : 019 - 7262102


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...