Pages - Menu

Ia Hanya Sementara Cuma♥♡♥

Assalammualaikum semua ..

Fenomena setiap kali berpisah atau berjauhan dengan suami ialah

- menangis semahu -mahunya bila sampai rumah sbb rindu
- rasa sepi dan sayu sangat2
- mula la flashback balik semua moment ketika berdua..

Mungkin ada yang kata mengada -ngada..baru kawen memang la camtu tapi hakikat sebenarnya memang begitu la jadinya. Bukan tak usaha nak buat macam dah biasa tetapi mesti failed. Dan mesti terbawa -bawa sampai la esok harinya. Kadang - kadang nk recover memang amek masa yang sangat lama. Bayangkan jumpa beberapa hari je tapi nk recover rasa rindu sampai nanges2 ni dalam seminggu jugak.

Ada sesiapa yang pernah rasa x macam ni?

Bila macam ni memang tak boleh duduk sorang2.  If keje banyak lagi bagus.  Bila tak teringat sangat maka kurang la rasa sedih yang amat tu. Seriously saat ni pun rasa nk menangis lagi. Suami jauh...mak pun jauh..kalau dulu mak dan adik2 la penghibur hati tatkala suami jauh camni...huhuhu...

Tambahan rasa sayu bila ada something yang menunggu hari isnin nnt. Kena marah dengan my big boss. Itu hanya jangkaan la kan..tapi silap memang silap  sendiri. Terfikir alangkah bahagia menjadi seorang wahm (work at home mother~1 fine day in shaa Allah). Sentiasa berada di sisi suami dan anak -anak. Sentiasa ada tatkala suami dan anak -anak memerlukan..sentiasa dapat membantu suami sebab ada income sendiri walaupyn fully housewife kan? Boleh bantu mak dan adik2 kat kampung. Bantu mak mertua dan adik beradik ipar, bantu kaum kerabat dan mereka yang memerlukan.

Sentiasa suami menenangkan dengan ayat ni setiap kali nak balik dan saya menangis..

" bukan senang nak senang. .kan?"

Allah..dugaan berjauhan dengan orang2 yang tersayang dan melalui perit getir hidup bersendirian membuatkan saya jadi lemah.. namun saya tahu...Allah sentiasa bersama -sama saya..
Kuatlah hati..

Percaya..sinar bahagia menanti di depan sana. Berkorban seketika untuk kebahagiaan berpanjangan..in shaa Allah

Kuat untuk suami. ..kuat untuk mak dan adik2..dugaan ini seketika sahaja. In shaa Allah. .

Kamu diduga supaya kamu lebih menghargai saat ini kelak..



Allah....bantu lah hambaMu ini...makbulkanlah doa hambaMu ini Ya Allah...

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger