Pages - Menu

Yakin...Allah Itu Ada (^_^)

Assalammualaikum semua. ..

Salam Jumaat penuh barakah. ..Alhamdulillah. .masih lagi bernafas di pagi mulia ni. Memulakan ibadah dalm pekerjaan dgn menghadiri meeting walaupun sepatutnya bercuti pada hari ni...

In shaa Allah. ..dalam usaha memperbaiki diri untuk jadi seorang anak, isteri, menantu, adik ipar, kakak ipar dan kakak yang baik utk mereka semua kesayangan saya. Terima tak terhingga untuk suami sebab sentiasa memahami keadaan diri walaupun kadang2 puting beliung datang yanpa diundang. Tq incik suami sebab bersabar dengan kerenah saya...♥♥♥

Pagi Jumaat ni saya nak sharing something daripada Nanny Shaklee saya - Kak Norita Idris..
Entry ni membuatkan saya tersentap sendiri disaat saya diuji dengan ujian y bertimpa2. .

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Dari Blog Kak N

Tiada langit yang sentiasa cerah ...itulah hakikatnya kehidupan. Jika hari ini kita dibawah, esok lusa kita di atas. Hidup ibarat roda. Sebab itu jangan sesekali sombong dan angkuh. Kerana apa yang ada hanya pinjaman semata-mata.
Allah sebaik2 penolong

Ujian yang ALLAH beri pada kita adalah untuk mendekatkan kita kepadaNya. Hakikatnya manusia itu makhluk yang mudah lupa.

Teguran ALLAH melalui ujian itu adalah sebagai satu tanda ALLAH sayangkan kita.

Untuk peniaga, jika rezeki berat amalkan amalan menjemput rezeki...solat Dhuha dan surah Al Waqiah jadikan amalan.

Untuk mereka yang sering runsing, amalkan mengaji setiap hari di awal pagi dan malam.

Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar.

Sering yakinkan diri...Allah ada. Jangan lupa. Apapun yang kita usahakan ALLAH melihat. Allah tahu niat kita.

Adakala apa yang kita hajatkan tak kesampaian kerana ALLAH nak beri yang lebih baik dari kita minta.

Adakala apa yang kita harapkan ALLAH beri lambat supaya kita tidak sombong dan bongkak kerana mudah dapat.

Adakala ALLAH beri kita apa yang kita hajatkan bermakna kita kuat untuk menerimanya.

Adakala ALLAH beri ujian kerana tahu kita mampu melaluinya.

Hakikatnya ALLAH suka kita berdoa. Allah suka kita memuji Dia.

Hanya kita yang sering lupa.

Ingat ! Allah sentiasa ada. Apa pun yang kita usahakan insyaALLAH akan dapat...cepat atau lambat jangan pertikai. Pertikaikan diri sendiri atas usaha yang kita curahkan.

Tq Kak N... (^_^)

I understand something...tq to my dear and most understanding hubby..♥♥♥

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger