Pages - Menu

Tips Untuk Memperbaiki Kehidupan dan Personaliti Diri

Assalammualaikum semua. ...

Alhamdulillah. ..kembali semula bertemu dan update cik belog kesayangan ni....selama 4 hari menyepikan diri kerana bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yang lalu.

Perkhabaran melalui incik suami sewaktu dalam perjalanan pulang dari meeting di Putrajaya membuatkan saya Terkedu seketika. Terkejut untuk mencerna. Dan dengan bantuan roomate saya, saya tiba sebelum jenazah dikebumikan. Alhamdulillah. ..pertama kali saya melihat secara real jenazah dikebumikan walaupun daripada jauh.

Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh...amin...

Incik suami tak sempat untuk bersama pada malam tu kerana tiada tiket. Namun, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Incik suami pulang pada keesokan hari dan kami terus bergerak ke JB untuk majlis tahlil. Hectic day sebab saya dan incik suami belum sempat berehat sekembali kami ke kampung.

Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan saya dengan dua orang tulang belakang saya setelah 5 minggu tak bersua muka. Rindu dah mula bertandang dan demam pun menyerang dah ni. Semoga saya terus kuat untuk melalui apa juga ujian dan dugaan ini...

So..sedang berblogwalking tadi, saya terjumpa dengan satu entry yang penuh dgn motivasi dan betul2 tepat mengenai sasaran!

Jom kita baca dan cuba amalkan sharing ni..

#Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan & Personaliti Diri..

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya

2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini

3. Jangan berlebihan, tetapkan had

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’

6. Bermimpilah ketika anda berjaga

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan

8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang

9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini

11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat

13. Lebihkan senyum dan ketawa

14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

#Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain

17. Maafkan semua orang untuk segala galanya

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari

20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

#Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan

23. Allah akan mengubati segala galanya

24. Buat perkara yang betul

25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba

28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan

29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah

30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sangat2 terkesan kan? Saya suka sharing kata2 motivasi di blog sebab mudah untuk mencari nnt. Manusia kan mudah lupa.. so, bila dah ada pelbagai kemudahan gunakan sepenuhnya...

Jom kita sama2 mencipta impian dan bahagia ♥♡♥♡♥

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger