Sunday, November 17, 2013

Kayuhan Treasurehunt 2013

Views

Assalammualaikum. ..

Happy weekends olls!!! Apa plan hari ni? Apa yang pasti semestinya masa untuk berehat kan? Alhamdulillah. ..weekend ni semua kesayangan saya berada disisi,  Namun sedih sebab incik suami terpaksa memenuhi tuntutan kerja. Lebih sedih lagi bila dengar luahan hati incik suami malam tadi. Sabar ye sayang..

Ok..berpagi - pagi hari walaupun dalam keadaan yang tak berapa nak sihat ni sebab kaki saya dua-dua injured semalam dlm program Kayuhan Treasure hunt KSK LPP. Overall program ni memang best to the max!!!

Saya dah injured masa 3 km perjlanan bermula. Dalam kawasan kebun kelapa sawit. Dah terbaring bagai. Tetiba rasa nk pitam nak muntah. Dan....terkeluar lah segala isi perut dan breakfast pagi. My group y ada bos, Azrin dan saya. Bila usher cakap disqualified if xde peserta perempuan saya terus semangat nak naek basikal balik lepas muntah. Dah rasa segar. Tapi kaki still x memuaskan. Lepas kena marah dan bos and Azrin pon pujuk naik Hilux dulu sampai checkpoint first, ok saya akur.

Then the challenge begin at checkpoint two. Memang perjalanan dah start mencabar. Dari Kem PLKN Asahan,  masuk ldang kelapa sawit yang berbukit bukau, pastu masuk ladang getah, masuk kawasan pekan, masuk kawasan kebun, then masuk kawasan kampung. Dekat checkpoint kedua, everything ok. Sebab dah rehat, minum and makan pisang semua then teruskan perjalanan balik ke kem. Pastu masuk ke kawasan ladang getah nak berlecak dan berbukit, saya terpaksa surrender.  Kaki kanan cramp kat bahagian peha. Bila stop jap ok. Then cramp balik kat bahagian betis yang memang membuatkan saya tak boleh berjalan langsung.

Akhirnya saya terpaksa akur, perjalanan saya setakat itu shj. Lagi 3km je nak sampai namun perancangan Allah itu lebih baik.

Tq to my boss y sangat2 menjaga anak buah die y sorg ni..

Tp balik dari berbasikal and mengadu ngan incik suami, macam dah samar2 je harapan nk join lagi tahun depan..oh...tidak..just wait n see ya!


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...