Pages - Menu

Happy 3rd Anniversary For Our Graduation Girls!!~~♥♥

Assalammualaikum....


Alhamdulillah...Bila hati mula merindui mereka - mereka ini, memang terimbau kembali satu persatu kenangan masa zaman - zaman study dulu. Zaman perangai kami gile - gile memang tak ingat dunia. Tapi alhamdulillah..Masih lagi terkawal..heee~~

Happy 3rd Anniversary for Our Graduation ~~~10.10.10...Sangat cantik kan nombor tarikh graduation kami???Setelah berhempas pulas untuk segulung ijazah, gelak tawa, tangis sendu, gaduh, rajuk semua dah kami lalui dan inilah yang dikatakan sahabat yang diutuskan Allah untuk sentiasa saling ingat mengingati saat diri alpa tanpa sebarang arah tuju. Walaupun sekuat mana pun rajuk kami, gaduh kami, akhirnya kami kembali seolah - olah kami tak perlu melakukan kesilapan langsung. Mudahnya melupakan khilaf masing - masing bila dalam hati diselubungi rasa kasih dan sayang ikhlas kerana NYA...

Bersyukur mengenali mereka walaupun pelbagai ragam dan masing -masing punya kerenah tersendiri. Tak pernah sesaat pon rasa bosan, walaupun pada masa itu kami memang dalam mood bosan tahap petala kelapan. Ada sahaja cerita - cerita yang membuat kami bergelak ketawa dan kadangkala cerita - cerita palsu akan mula diluahkan walaupun tiada hujung pangkalnya, namun semua akan memberi sambungan cerita palsu itu sehingga kami sendiri tak pasti cerita rekaan ataukah kenyataan..

Girls...

Ingat lagu andai dapat kuundur masa???

Ingat lagi cerita dalam LRT???

Hehehe...Setiap kali saya bersendirian balik ke KL dan bersendiri dalam LRT, perkara wajib adalah mengimbau kembali kenangan yang terjadi kepada kami dalam LRT tu..Lepas tu mula la senyum sorang - sorang tanpa rasa bersalah.

Girls,,,,Really miss u all!!!A Lot!!!!

Jom buat REUNION GENG RONGGENGSSS!!!















No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger