Pages - Menu

Weekend With Incik Suami~~

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...weekend paling bahagia sebab incik suami balik rumah saya Sabtu lepas. Mau tak rindu. Walaupun baru seminggu kan? Cinta halal ni baru terasa lainnya. Setiap ingatan, kerinduan terhadap suami menjadi pahala bagi isteri.  Dah takde istilah haram merindui kekasih... betul x? Jika silap tolong betulkan yer...

Incik suami tiba di Batu 1 jam 2.30 petang. Saya agak lambat pickup incik suami sebab kami dari Mersing. Tq to Dirot kerana meluangkan masa dengan saya pada sebelah paginya. Hehe..best amek angin kat tepi pantai. Ala -ala piknik gitu. Paling kelakar incik suami merajuk bagai sebab kena tunggu lama walhal xla lama sangat pun. Siap ugut nak jalan kaki dulu. Nanti jumpa la kat mana - mana.  Adeh! Manja betul!

Walaubagaimanapun saya sangat -sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat -sangat caring walaupun adakalanya  manjanya tahap tak boleh nak diterima akal. Lebih - lebih lagi semasa majlis perkahwinan adik lelaki incik suami di Air Tawar 5, kami singgah kat home stay femli incik suami bermalam...Kepenatan memang jelas terpancar kat muka incik suami. Mak mertua saya dah suruh incik suami berehat dalam bilik sementara menunggu majlis persandingan pukul 2 petang.

Tak semena-mena anak buah incik suami memanggil saya sebab incik suami suruh masuk bilik. Abg ipar saya dah mula senyum -senyum sumbing. Darah dah mula menyerbu ke muka..alahai incik suami. Kalau ye pun nak bermanja jangan la depan - depan femli bang oi...So teman incik suami melelapkan mata walsupun sebenarnye dia tak melelapkan mata pun. Suruh urutkan pinggang yang dah sakit sejak sampai rumah lagi.


Hujan sangat lebat masa tu. So, kami pon berarak dalam hujan ke rumah pengantin perempuan. Masa hari ni juga berkenalan dengan hampir semua femli besar incik suami kedua -dua belah pihak. Kami selaku pengantin yang ala -ala dah lama ni menjadi tumpuan juga. Selesai majlis, kami bergerak ke Kluang melawat ibu mertua disana. Alhamdulillah. ..dapat jumpa semua orang walaupun sekejap.


Hari ni terpaksa berpisah dengan incik suami dan akan bertemu semula 2 minggu lagi setelah majlis sambut menantu selesai. Sedih sebak semuanya bergabung jadi 1. Tapi depan incik suami buat2 la kuat..huhuhuhu...dan adegan yang sangat-sangat tak disangka bila incik suami wat adegan kissing y exclusive di dlm rumah sahaja tetapi dibuat depan org ramai di bustand semasa menghantar saya tadi. Incik suami...terpana saya tau! Muka incik suami memang langsung tak bersalah. .alahai incik suami..


Tq for the lovely weekends baby..love u till Jannah...in shaa Allah . 




No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger