Pages - Menu

Weekend Activity With Incik Suami~~~

Assalammualaikum. ..
Disebabkan hari Jumaat saya bercuti, maka dengan rasminya la saya bersendirian di rumah sebab incik suami bekerja. Dan hari ni juga incik suami dah pesan siap - siap dia balik lambat sebab attend open house Dato FK..his idol..
Untuk mengelakkan kebosanan tahap tak hengat, seluruh rumah saya kemas, lap tingkap, buang sawang dan macam - macam la... lepas asar, rasa macam nak turun g kedai je menjamu mata dan beli barang - barang dapur. So siap - siap ala kadar, saya turun dan beli apa yang patut. Disebabkan maybe incik suami dah kenyang makan kat open house, maka malam ni boleh la relax sikit kot.
Incik suami sampai dalam pukul 7 camtu kat rumah. Nampak je muka saya...sayang dari mana ni? Hihihi..maybe sebab masa tu saya masih lengkap dengan pakaian masa turun tadi. 
Arini masak apa?haa..tu dia..ingatkan dah kenyang tadi. Namun dalam usaha untuk jadi isteri yang baik maka dengan senang hatinya saya memasak selepas maghrib. Alhamdulillah. .Walaupun dia agak cerewet soal makan, namun setiap kali saya memasak memang incik suami yang akan habiskan nasi. Saya hanya makan suku je daripada yang dimasak. Suka tengok incik suami makan...hehe..
Hari Sabtu kami ada jemputan khas ke majlis perkahwinan Bff incik suami, akmal. BFF sejak zaman belajar dulu. Bermula disitu saya kenal dengan semua bff incik suami masa belajar dulu. Dan yang paling best bila semua dah berumahtangga. Sempat beramah mesra dengan Mastura, isteri Farouk yang tengah pregnant 5 bulan anak kedua. Sangat best dan happy sangat tengok mereka.
Dan sempat juga saya menjadi baby sitter anak mastura yang sememangnya aktif bila tengok mastura tak larat untuk mengejar si comel yusuf. Paling best bila Mastura ingatkan saya baru berumur 24 tahun..hah!!! 2 tahun lebih muda tu dari usia sebenar. Hehehe...penangan Shaklee kah ini???? ? So, sila lah mencuba Set Kecantikan Shaklee..heee;)
Incik suami menjadi mc untuk majlis bersejarah tu. Sangat2 cantik pasangan pengantin tersebut. Sama cantik sama padan. Nasib baik ada Mastura. Jadi tak la terasa janggal sangat bila dibiarkan sorang - sorang. Memang best!
Hajat dihati nak ajak incik suami meronggeng tapi disebabkan petang tu ada bola terpaksa cancel plan tu. So, balik terus g kedai dan beli barang - barang untuk masak malam ni. Malam ni incik suami nak mkn ikan masak kicap..ok la kan...saya tak pandai masak tapi asalkan boleh je la.



No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger