Sunday, September 8, 2013

Terima Kasih Incik Suami

Views

Assalammualaikum. ...

Alhamdulillah. .. lama sangat rasanya tak update blog kn? Sebenarnya macam - macam cerira tersimpan ni but saya simpan dulu...hihihi..

Menjalani kehidupan sebagai seorang isteri memang sangat - sangat membahagiakan. Lebih - lebih lagi bila dia orang pertama yang berjaya menambat hati saya, mengetuk pintu hati saya menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup saya.  Tak dinafikan, dugaan bertandang tanpa sebarang isyarat namun janji Allah itu pasti.

Malam tadi rasa cinta yang tak terhingga ni terbukti bila incik suami bersengkang mata dan tidur di atas lantai tanpa beralaskan apa - apa bila secara tiba - tiba saya diserang sakit pinggang yang tak tahu puncanya. Saya hanya mampu menangis sebab sakit yang teramat seolah - olah seperti ada orang yang sengaja menikam pinggang saya dengan sangat kejam bertalu-talu..saya menangis semahu - mahunya..Ya Allah memang sakit sangat-sangat.

Incik suami memujuk dan mengurut pinggang saya untuk mengurangkn rasa sakit. Nak ber baring tak mampu, nak duduk pon saya tak mampu..semuanya terasa tak kena. Akhirnya incik suami memapah  saya keluar dari bilik dan cuba membaringkn saya di ruang tamu. Namun sangat - sangat tak mampu. Dan saya menangis lagi.

Akhirnya incik suami menyandarkn saya didadanya dan membiarkn saya tidur distu. Rasa bersalah terharu bercampur menjadi 1. Saya rasa bersalah. Rasa sangat - sangat terharu. Setiap kali saya merengek  kesakitan dia akan tersedar dan cuba kurangkan kesakitan yang saya rasa sehingga saya tertidur dengan selesa.

Pukul 5 pagi saya tersedar. Sakit dah berkurangan. Saya tahu incik suami tak selesa tidur dalam keadaan sebegitu. Bila dikejutkn incik suami dah panik ingatkan saya sakit lagi. Pengalaman malam tadi memang benar - benar mengajar saya erti kasih makna sayang.

Terima kasih abang sebab sanggup berjaga untuk wawa walaupun abang sendiri sakit malam tadi. Maafkan wawa. .Terima kasih untuk segalanya sayang..


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...