Pages - Menu

Petua Menakluk Pasangan (Suami Isteri)~~Ustazah Norbahyah ~~Semanis Kurma~~

Assalammualaikum...


Salam Jumaat penuh barakah...

Sebelum beredar untuk Majlis Bacaan Yassin di opis ni, suka saya nak kongsikan dengan anda semua sedikit ilmu yang saya perolehi daripada Program Semanis Kurma malam tadi. Semoga kita sama - sama mendapat manfaat dan mengamalkan nya dalam menjalani kehidupan berumahtangga agar berkekalan dalam keredhaan Allah...Amin..

Petua menakluk pasangan (suami isteri):

1. Suami isteri sebenarnya suka dilayan.Jadi layanlah pasangan anda dgn penuh keikhlasan tanpa mengharap balasan.

2. Berikan layanan istimewa tanpa rungutan tapi penuh cinta..nescaya anda juga akan memperolehinya.

3. Belajarlah utk memahaminya agar anda juga bisa difahami.

4. Selami perasaannya dengan keinginan utk mengerat kasih sayang, insya Allah pasti berjaya.

5. Pautkan segala rasa sayang semata2 inginkan keredhaan Allah SWT,insya Allah kebahagiaan bakal datang bersama usaha yg gigih.


6. Rajinlah solat bersama & berdoa agar dikurniakan kebahagiaan di dunia & akhirat seisi keluarga.


7. Jauhi segala amalan2 khurafat yg membawa padah & takkan bahagia..


8. Banyakkan bertaubat pd Allah SWT.Bila jiwa dah disucikan,ketenangan akan terpancar.






Peringatan untuk kita semua =)

No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger