Pages - Menu

I AM BACK!!!!~~~

Bismillah....

Assalammualaikum.....


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....Salam Pagi Jumaat yang penuh barakah..jom kita sama - sama meggandakan amalan berselawat dan beristighfar di penghulu sekelian hari ni..=)


Alhamdulillah...Dah lama rasanya saya tak dapat membuka mata dan mata hati seluas - luasnya dek kerana dihimpit rasa sendiri yang tiada kesudahan. Mengenang, bersedih, berduka dan bersahabat baik dengan air mata tak kira masa tak kira tempat. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengembalikan saya ke alam nyata. Yang mana setiap yang berlaku adalah tanda kasih Allah yang tak berpenghujung. Bila kita sedar tentangnya, segala ujian yang ada ibarat angin lalu dan kita tenang serta redha melaluinya.

Jentikan kasih Allah melalui segala ujiannya. Ujian kesenangan, kesusahan, kesedihan dan bermacam - macam lagi menandakan Allah ingin kita sedar bahawa kita perlu sentiasa dekat denganNYA...Terima kasih Ya Allah kerana memberi saya peluang untuk menjadi hamba yang diduga oleh Penciptanya. Dibina rasa cinta yang mendalam dengan Khaliq dan masih lagi dalam proses bercinta, malah lebih mudah rupanya bercinta dengan Khaliq. Dengan Khaliq dia sentiasa ada bersama - sama kita saat kebuntuan, saat semangat tinggal dihujung tanduk. Kita bebas bersuara, bebas meminta tanpa memikirkan hati dan perasaan terguris kerana Khaliq Maha Pegampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah...Aku bersyukur dengan rahmat dan kurniaanMU!!

Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan dekatkan kita dengan makhluk, menyelesaikan segala masalah yang ada dan menunjukkan jalan keluar daripada segala kebuntuan. =)

Saat hati resah gelisah, saya berlari untuk pergi daripada segala. Namun semakin saya berlari semakin kuat saya dikejar. Dan saya jatuh terduduk. Disaat itu, saya mula berfikir...Apakah yang diinginkan Allah kepada saya dengan ujian sebegini rupa?????Rupa - rupanya Allah nak hadiahkan kekuatan kepada saya yang menyebabkan semua orang tersenyum dengan kembalinya saya yang dulu. Kekuatan yang menyelinap ke dalam setiap pembuluh darah umpama saya baru dilahirkan. No more tears drop!!!Its a promises!!!!

Wake Up!!!And think that you are very strong than you realize!And...because of that feeling growing more day by day, your enemies cant be make you down again!!!

Awak tahu awak punya segalanya..Dan paling penting awak punya KHALIQ yang tak pernah meninggalkan awak walau sesusah mana pun awak!

Dan untuk awak yang dah mula menjentikkan dan menyebabkan semangat ini hadir terima kasih. Kalau bukan kerana kehadiran awak, mungkin saya masih seperti dulu..Lemah dan mengalah. Kini saya tak perlu nak takut atau risau tentang awak sebab saya tahu awak sebenarnya yang tergugat dengan kehadiran saya. (^_^)
No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger