Pages - Menu

Officially A Wife To Mohamed Razif Izwan~~~

Assalammualaikum. ..


Alhamdulillah...alhamdulillah. ...alhamdulillah. ...Tanggal 11 Ogos 2013 jam 11.40 pagi, secara rasminya saya telah bergelar isteri kepada a handsome and coolest guy Mohamed Razif Izwan Setelah 15 tahun berkenalan, 7 tahun di alam percintaan dan 9 bulan nengikat tali pertunangan..

Dengan 2 kali lafaz akhirnya saya sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang telah lama memikat hati saya di masjid At Tanwir, Kg Semanyir, Endau. Berwalikan ayahnda tercinta dengan mas kawen seutas rantai dan pendant dengan pembatalan air sembahyang seutas gelang emas...

Ya Allah...betapa rasa syukur menyelinap di segenap pembuluh darah dan rasa hati saat lafaz ijab dan qabul itu diungkapkan oleh sang suami. Hampir tumpah air mata dek kerana kegembiraan yang tak mampu untuk digambarkan dengan kata - kata..Alhamdulillah...Ya Allah,,,Syukur Ya Allah...Terima Kasih Ya Allah...Perjalanan semasa majlis akad nikah dipermudahkan dengan semudah - mudahnya..dilancarkan tanpa sebarang gangguan...Tak mampu untuk memandang wajah sang suami kerana air mata yang dah bergenang di tubir mata.


Syukur...Senyuman kelegaan sang suami menambat hati..Sungguh!!!Terlalu bersyukur dengan kurniaan Allah yang tak terhingga ini saat sang suami duduk berhadapan dan menyarungkan rantai serta gelang untuk upacara penyerahan mas kahwin dan pembatalan air sembahyang. Wajah sang suami berseri - seri. Masih sempat mengusik tatkala menyarungkan rantai walaupun tangan sang suami terketar - ketar menggigil...hehehe..Terima kasih sang suami...












Abang adalah sebahagian dari diri Ayang sekarang ni....Terima kasih kerana sudi menerima ayang sebagai isteri..Pinta ayang, bimbinglah ayang dalam meniti liku - liku hidup berumahtangga ini kerana abang adalah pelengkap ketidaksempurnaan yang ada dalam diri ayang...













Jangan pernah jauh dari ayang...jangan pernah melangkah pergi dari sisi ayang...Jangan pernah biarkan ayang sendiri~~






Suami adalah syurga kepada isteri...Dan abang adalah syurga bagi Ayang...Semoga Allah S W T memberkati pernikahan ini dan sentiasa dalam  keberkatan dan rahmat dari NYA...AMin...Amin...AMin Ya Rabb...


BUAT SUAMIKU TERCINTA....

Tercipta Hawa dari tulang rusuk Adam...
Dekat di hatinya untuk dicintai dan dikasihi...
Dijodohkan sepasang uda dan dara dalam suasana yang penuh mahabbah dan barakah...
Didoakan oleh sekalian makhluk agar ikatan suci pernikahan yang terlafaz..
Dipegang teguh seutuh janji sehidup semati bersama...


Suamiku...
Tiada kata yang mampu untuk dilafazkan..
Kerana ku tak mampu untuk meluahkan..
Syukur ku panjatkan dalam hati...
Doa ku alunkan di setiap detik...
Semoga ikatan suci ini berkekalan hingga ke syurga...

Suamiku...
Terima kasih kerana sudi menerima isterimu sebagai teman hidupmu..
Menjadi pelengkap kekurangan antara kita...
Kerana sebuah ikatan dan janji halal bukan kerana kita sempurna..
Tetapi kerana kita melengkapi ketidaksempurnaan antara kita...

Suamiku...
Tatkala lafaz ijab dan qabul itu berkumandang..
Hati ini dipagut rasa pilu resah dan gelisah..
Kini..Diriku adalah tanggungjawabmu sepenuhnya..
yang perlu kau didik dengan sebaiknya...

Suamiku...
Maaf andai ada rasa yang tersimpan di lubuk hati..
Kerana isterimu ini tidak pandai bermain kata-kata,
tidak pandai bermain bahasa..

Suamiku..
Terima kasih untuk segalanya..
Terima kasih untuk kebahagiaan yang bakal kita cipta..
terima kasih untuk Solat Jemaah yang Dikau Imami saat pertama setelah kita bergelar..
ZAUJ dan ZAUJAH...
Semoga diriku mampu menjadi ZAUJAH dambaanmu..
Dan kau berusaha menjadi ZAUJ idamanku...

AMIN YA RABB.... 




No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger