Pages - Menu

FORMULA 3D DALAM MENJEMPUT REZEKI BY INSYIRAH AZHAR~~

Assalammualaikum semua...


Hari ni nak buat banyak sikit perkongsian yang dikongsi dalam Group Inspirasi Insan Menuju Tuhan by Insyirah Azhar..Semoga kita berjaya untuk sama - sama amalkan perkongsian ini...

Formula 3D oleh Insyirah Azhar

1. Doa

Sebelum memulakan pencarian 
rezeki, mulakan dengan kalimat
Bismillah. Ia menterjemah bahawa,
kita minta izin dengan Allah untuk
mulakan pencarian rezeki.

Selepas itu, boleh ditambah
dengan dialog santai seperti,

"Ya Allah, saya mohon diilhamkan
lubuk rezeki, untuk saya tuai rezeki
yang banyak tetapi dengan usaha
yang sedikit.

Sesungguhnya Kau Maha
Mengetahui ya Allah."

2. Dhuha

Dalam tempoh mencari rezeki,
sinergikan dengan menunaikan
solat Dhuha.

Kerana, solat Dhuha ibarat kita
sedekahkan masa kita kepada Allah.

Hasilnya, Allah juga akan
menyedekahkan kita rezeki-Nya
yang tiada batas.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau
sampai tertinggal untuk mengerjakan
solat empat rakaat pada permulaan
siang (waktu Dhuha),

nescaya Aku akan memberi kecukupan
kepadamu sampai akhir siang.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,
no: 1097.)

3. Derma

Perkataan lain bagi Derma adalah
Sedekah (Memberi). Ada kisah yang
pernah saya baca di status Facebook.

"Saya melihat sahabat biz saya.
Jualannya tidak pernah putus.

Maka, saya bertanya kepadanya
petua laris jualan. Kata beliau, selepas
solat Dhuha, beliau akan sedekah
dengan nombor ganjil."

Kerana,

"Allah suka nombor ganjil."
(Hadis Riwayat Bukhary-Muslim)

Signifikan Beri Yang Allah Suka ...

Ia ibarat Gula & Semut. Jika kita
mahu semut, maka depositnya
adalah Gula. Letak gula di mana-mana,
pasti semut akan datang dari arah
yang tidak disangka-sangka.

Begitu juga dengan rezeki.

Formula:

Mahu semut, beri gula.
Mahu rezeki, beri apa yang Allah suka.
1 comment:



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger