Pages - Menu

5 DAYS LEFT~~~~

Assalammualaikum....


Salam 28 Ramadhan 1434H....Alhamdulillah...Masih lagi dapat menikmati Ramadhan Al - mubarak..In shaa Allah hingga ke penghujungnya pada esok hari...Sana sini meriah dengan persiapan hari raya yang bakal menjelang. Tak lepas juga di opis ni dah ramai yang mula bercuti dan pulang ke kampung. 

Saya sebagai penduduk tetap disini berhajat tak nak mohon cuti sebelum raya sebab cuti akan digunakan sepenuhnya selepas raya nanti..Tetapi terpaksa la buat keputusan semula bila pagi - pagi tadi sebelum pergi kerja mak tanya

" Tak boleh ke along cuti esok?"

Mak tak penah - penah suruh saya bercuti ni..Maknanya memang ada la yang mak tak larat nak buat walaupun adik - adik yang lain dah mula bercuti. So, sampai kat opis je terus mohon cuti dengan Bahagian Admin...Alhamdulillah tiada sebarang bantahan...hehehe~~


Hari raya tahun tak seperti hari raya yang lepas - lepas sebab tahun ni seisi rumah sibuk dengan majlis saya yang akan diadakan pada hari raya keempat. Memang tak sempat langsung la kan nak buat hal - hal berkaitan raya ni.

Terima kasih sangat - sangat kat ayah yang belanja Kak Long sepasang kurung biru yang sangat cantik!!Semalam mengadu kat ayah tak de kasut raya lak..Ayah tanya nak beli kat mana??Tapi buat malu - malu meow meow la kan sebab dah nak jadi isteri orang kot perangai manja mengalah kan Dik Auni!!Tapi memang perasan sangat - sangat saya semakin manja dengan ayah dan adik - adik...tapi tetap selalu kena buli jugak..huu~~~

Masih banyak kali perkara yang tak setle sebenarnya tapi buat - buat cool je la kan? Bilik pengantin masih dalam progress..Malam ni akan pergi ke butik untuk fitting balik baju sanding dan buat rawatan spa..Spa gitu!!hehehe..Dah dapat pakej free kan?Rembat je la...ye x?Lagipun dah 2 malam berturut - turut tidur pukul 2 pagi..Dah mula ada aura demam nak keluar ni...

Masih berada di opis...Tapi dalam kepala ni dah setup macam - macam  agenda untuk malam hari nanti... Daun ketupat telah tersedia untuk dianyam. walaupun tahun ni tak semeriah tahun lepas banyaknye tapi agak sakit pinggang jugak la nak menganyam tu kan? Sedar tak sedar nak raya dah!(^_^)

Barang - barang hantaran pun xsiap deco lagi..Bilik pengantin pun tak siap hias lagi. Langsir tak pasang lagi...Hahaha...Bahagianya walaupun banyak lagi persiapan yang tertunda sebab??Semua adik - adik saya ada...Mak dan ayah ada setiap hari bersama - sama saya..Kebahagiaan yang mana lagi nak saya cari bila semuanya sudah cukup untuk saya walaupun hanya untuk seketika???Terima kasih Ya Allah...Diatas kurniaan yang tak ternilai ini!!

Dalam gelak tawa masih lagi gusar dihati...Doakan segalanya di permudahkan ya!





No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger