Pages - Menu

Suara Hati Seorang Wanita Bakal Bergelar Isteri

Assalammualaikum....


Alhamdulillah...Kita dah pun menginjak ke 17 Ramadhan 1434H...Alhamdulillah...Ini bermakna tinggal 15 hari lagi saya menghitung hari. Alhamdulillah...Keadaan agak tidak menentu sejak akhir - akhir ni dengan kesibukan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, letih dengan kerenah manusia, terharu bila melihat dan merasai kesusahan dan kesungguhan keluarga terutama bonda tersayang dengan persiapan majlis besar nanti. terkadang hati ni betul - betul tersentuh seolah - olah saya menyusahkan orang - orang yang saya sayang.

Sebak bila mengenangkan status ini akan berubah dan bermakna saya akan  menjadi tanggungjawab seorang suami. Saya mungkin akan berpisah jauh dengan bonda dan adinda - adinda tercinta mengikut seorang lelaki bernama suami. Sukar nak membayangkan hidup tanpa bonda disisi yang mnjadi tempat mengadu, teman berbual, dan kadang - kadang teman gaduh rajuk sayang..Sungguh!!Semakin kerap bermimpi jauh dari bonda sehinggakan saya menangis dalam tidur..

Semakin tersentuh tatkala ayahnda pula bersuara..Dah nak jadi isteri orang pun manjanya mengalahkan adik yang bongsu!Sori ayah!!Mata kak long memang berair waktu tu..Sebak dan sayu bercampur menjadi satu. Suasana yang sibuk dan tunggang langgang dengan persiapan di rumah seolah - olah tahu yang kami akan berpisah jua suatu hari nanti. Tidak lagi akan sentiasa dalam keadaan riang ria hari raya seperti ini dengan kerap. Rindu!!!ya saya akan merindui saat ini!!Adinda-adinda juga dah mula bersuara...Lepas ni Kak Long tak boleh macam ni dah dengan kitaorang...

Ya Allah..Allah sahaja yang tahu betapa saya menahan air mata ni dari terus - terusan mengalir. Cuba senyum tatkala hati dipagut pilu. Sebak mencengkam dada sedaya upaya ditahan..Adakah saya akan bertemu dengan lelaki yang akan menjaga saya seperti ayah, Amer dan Pok Yie menjaga saya sebagai seorang anak perempuan, seorang kakak dan seorang wanita?

KAmi mungkin tak dibesarkan dengan harta yang melimpah ruah, tetapi kami dibesarkan dengan kasih sayang yang tiada penghujung. Bonda dan ayahnda sentiasa bersama tatkala kami nakal tak dapat dibendung dan kami sedih resah gelisah...Mereka bonda dan ayahnda,...Sayangnya ditunjukkan dengan cara yang berbeza. Cintanya pada anaknda - anaknda walaupun kedewasaan mula bertapak tak pernah berkurang walau seinci pun..

Terima Kasih Bonda...terima Kasih Ayahnda...

Izinkan saya menangis disini kerana saya tak mampu untuk menangis di hadapan mereka...




No comments:
Post a Comment



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger