Pages - Menu

Kisah Hari Semalam

Assalammualaikum...

Rasa lama sangat tak menjenguk dan tak update langsung blog ni sejak balik berkursus di Pulau Langkawi..Dek kerana busy menguruskan urusan opis dan urusan untuk my big day bulan Ogos nanti, semuanya tergendala dan kelam kelibut rutin harian dibuatnya...

Namun, Alhamdulillah....Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana segala telah selesai dengan pengakhiran yang baik sebelum steps seterusnya. Semalam, saya dan incik tunang setlekan segala dokumen - dokumen di  Pejabat AGama. Bemula pada bagi hari seawal jam 7.30 saya dah terpacak diluar rumah menunggu incik tunang pick up untuk buat HIV Test di Klinik Kesihatan. Menanti pulak turn untuk ambil darah memang la tersangat lama. Ramai pulak orang yang check darah. Then kami terus keluar bersarapan setelah mendapat kebenaran daripada staff nurse.

Rasa macam lain sikit bila dah lama tak jumpa incik tunang tetiba hari semalam dapat tengok incik tunang dari dekat. Macam - macam planning yang dipersembahkan oleh Incik Tunang selepas bergelar suami isteri nanti...Banyak woo!!But biarlah rahsia dulu ya sebab saya pun masih mencerna satu persatu apa yang diperkatakan tu. Tak sangka dah tak lama nak jadi milik orang lain..But yes!Feel very nervous!!!Seriously...Rasa macam nak patah balik je..Dengan preparation yang masih berbaki ni saya perlu kuat!

Lepas setle hal check up, kami bergerak ke Pejabat Agama Islam Darah untuk setelkan dokumen dan interview session di sana. Kali ni saya memang nervous tahap yang dah tak tahu nak kata apa. Jantung ni berdegup rasa macam nak pecah je. Macam -macam soalan yang berselirat dalam kepala ni. Tapi Incik tunang relax je kat sebelah. Masa interview siap boleh bergurau -gurau lagi kot dengan interviewer tu...Memang betul la Incik tunang ni. Macam - macam soalan yang ditanya but more to nasihat la.

Dan masa tu jugak saya terfikir. dah bersediakah nak pikul tanggungjawab yang amat besar ni?Menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu???Ya Allah...Permudahkanlah segalanya...Amin..

Dah selesai sesi interview, now borang-borang diserahkan kepada saya untuk diserahkan kepada Jurunikah nanti..fuhhh...Memang lega kot..hehehe

Semoga saya mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah...Amin2...Banyak yang nak kena belajar lagi ni...Bak kata Ustaz semalam..Beli je Buku Fardhu Ain tu..Tak yah nak malu-malu..Ilmu tu kan?Nak ****kena ada doa..Barulah anak -anak yang lahir itu mendengar kata...Thanx Ustaz!
1 comment:



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger