Pages - Menu

Journey To Shah Alam

Assalammualaikum ..

Alhamdulillah...Selamat tiba di rumah fifi , my bff from kg di Shah Alam jam 5.30 petang.

Journey begin jam 10.30 pagi masa saya naek bas dari rumah. Agak teruja..Ye la kan...Dah berapa lama planning nak ke sini tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.  Bandar yang mencipta 1001 kenangan dalam hidup saya.  Yang memperkenalkan saya dengan sahabat -  sahabat setia, membawa pertemuan kepada tunang saya iaitu bakal zauj saya In shaa Allah, yang mengajar saya selok belok perjalanan kota metropolitan ni dan yang banyak mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan..ok saya tau dah panjang melalut ni kan?? Sorry...bila excited sangat, ni la jawapannya...

Sejak mula dan jatuh cinta dengan dunia travel ni saya memang akan memastikan beberapa barangan yang wajib ada dalam bagpack dan handbag saya

1) pashminar ( my feveret pashminar yang saya beli masa bercuti di Cameron Highlands bersama dengan family incik tunang dan pashminar yang dihadiahkan oleh incik tunang raya tahun lepas utk bekal haba masa dalam bas nak2 waktu malam..sejuk kot )
2) stokin baldu utk bekalkn haba juga
3) novel (sempat habiskan cerita " sebenarnya saya isteri dia")
4) earphone
5) make up bag
6) toiletries
7) telekung
8) towel kecik

Ni memang benda - benda wajib ada dalam list..termasuklah baju - baju yang sepatutnya ye!!!

Novel menjadi salah satu benda wajib dan feeling bila travel baca buku or novel ni seolah - olah cam orang yang educated sangat. .haha...ok paham. Memang tiada kaitan langsung kan?

Then sampai kat TBS dalam pukul 4 camtu. So bermula journey naek KTM..ok memang ada cerita yang sangat tak best dengan KTM ni...Masa zaman study dulu punya la bercinta nak nenunggu..Last2 yang sampai crowded gile!!Sampaikn kena tunggu lagi 1 jam lebih. Alhamdulillah..Perjalanan petang tadi dipermudahkan..Senang dapat tren dan sekejap je menunggu.

Kepada yang turun di TBS dan ingin ke Shah Alam, gi kat kaunter tiket KTM then terus  beli tiket ke shah Alam. Pastu transit dan tukar komuter menghala ke Pelabuhan kelang..Tadi sebab tak tau kan? So beli tiket ktm di... KL Sentral..takpe..kalau x memang x dpt la nak menikmati keindahan alam dan perubahan demi perubahan sekarang kat KL ni..

Alhamdulillah..perjalanan dipermudahkan..smooth je.Tunggu KTM pun tak lama dan bila tiba di Stesen Shah Alam Fifi dah pun menunggu..Masa untuk berehat dan sediakan tenaga lebih untuk agenda seterusnya:)

Doakan segalanya berjalan dengan lancar ya!

2 comments:



♥ Copyright © NurKasih | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger